Abai notis amaran, BDA sita kenderaan terbiar di kawasan awam

BINTULU – Sikap mementingkan diri segelintir pemilik yang membiarkan kenderaan buruk atau rosak di kawasan awam mengundang padah apabila ia disita oleh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan menerusi operasi pemantauan yang digerakkan sejak 4 Mac lalu, sebagai langkah berterusan pihak berkuasa tempatan tersebut untuk memastikan persekitaran bandar ini kekal bersih, selamat dan teratur.

Menurut kenyataan BDA, tindakan sitaan tegas terpaksa diambil selepas notis amaran yang dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terlibat diendahkan, malah tiada sebarang inisiatif pengalihan dibuat dalam tempoh yang diberikan.

“Perbuatan meninggalkan kenderaan secara terbiar di tempat awam merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 27(1), Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Kebersihan) 1999.

“Kegagalan mematuhi peraturan ini boleh menyebabkan pemilik dikenakan tindakan undang-undang, dan jika disabitkan kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum sehingga RM3,000,” jelas kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, BDA menasihatkan orang ramai dan pemilik kenderaan supaya lebih bertanggungjawab serta tidak membiarkan kenderaan masing-masing tersadai dalam tempoh yang lama.

Tegas agensi itu, kenderaan terbiar bukan sahaja mendatangkan kacau ganggu dan mengundang risiko keselamatan kepada penduduk setempat, malah turut mencacatkan pemandangan awam.

“Pihak BDA tidak akan berkompromi dan akan terus mempergiatkan pemantauan serta operasi dari masa ke masa bagi memastikan tahap kebersihan serta kesejahteraan di seluruh kawasan pentadbiran kami sentiasa terpelihara,” tambah kenyataan itu lagi.

Foto: Facebook Bintulu Development Authority – BDA

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri