89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 109 112 101 110 103 101 114 117 115 105 107 97 110 32 77 101 115 121 117 97 114 97 116 32 77 97 106 108 105 115 32 84 105 110 100 97 107 97 110 32 69 107 111 110 111 109 105 32 78 101 103 97 114 97 32 66 105 108 46 52 47 50 48 50 54 32 100 105 32 80 101 114 100 97 110 97 32 80 117 116 114 97 44 32 80 117 116 114 97 106 97 121 97 46 32 51 49 3
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat untuk memperkukuh ekonomi domestik ketika dunia, termasuk Malaysia, menghadapi fasa lebih mencabar dan tidak menentu.
Beliau menekankan kepentingan rakyat mengutamakan barangan tempatan dan menyokong usahawan tempatan, dengan mengambil kira kekuatan dalaman sebagai benteng utama dalam menghadapi krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
“Hakikatnya, dunia sedang memasuki fasa yang lebih mencabar dan tidak menentu, dan Malaysia tidak terkecuali daripada tempiasnya.Justeru, kita tidak boleh alpa atau terlalu selesa. Kita mesti bersiap siaga dengan disiplin, kecekalan dan semangat kebersamaan yang tinggi,” katanya melalui muat naik di Facebook, hari ini.
Hantaran itu susulan mesyuarat beliau mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini, yang meneliti secara mendalam perkembangan krisis tenaga global dan implikasinya terhadap ekonomi negara serta kesejahteraan rakyat.
Setakat ini, konflik membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran dilihat berterusan, apabila jurucakap Kementerian Luar Iran menegaskan negara itu tidak mengadakan rundingan terus dengan AS.
Serangan AS dan Israel ke atas Iran bermula pada 28 Februari lalu.
Perdana Menteri berkata, walaupun cabaran global semakin ketara, asas ekonomi negara kekal kukuh dan berdaya tahan.
Beliau menekankan kerajaan akan bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi memastikan setiap langkah bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan.
“Insya-Allah, setiap keputusan akan terus berpaksikan tanggungjawab dan kepentingan rakyat.Kerajaan akan berikhtiar memastikan kestabilan bekalan tenaga terpelihara, ekonomi terus berfungsi dengan baik, serta kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan dalam setiap tindakan,” katanya.


