Program Santai Bersama Rakyat Mapai perkukuh sokongan PRS di DUN Ngemah

KANOWIT – Program Santai Bersama Rakyat Mapai terus menjadi platform penting dalam memperkukuh kesepaduan politik serta merapatkan hubungan antara pemimpin dan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, kehadiran pemimpin di beberapa rumah panjang mencerminkan sokongan berterusan terhadap kepimpinan sedia ada, selain menjadi medium terbaik untuk menyelami keperluan sebenar masyarakat setempat.

Pada masa sama, beliau menasihatkan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) agar berhati-hati dalam menghadiri program yang tidak dianjurkan oleh agensi kerajaan atau wakil rakyat bagi memastikan keselarasan pentadbiran pada peringkat akar umbi.

“Saya tidak menghalang, namun tidak menggalakkan kehadiran mereka (KMKK) ke program sedemikian,” katanya.

Dalam pada itu, Anyi memaklumkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) Ngemah dan komuniti setempat terus menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden baharu parti, Datuk Seri John Sikie Tayai.

Jelasnya, sokongan itu sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan parti berkenaan sebagai antara tonggak utama dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengulas lanjut, beliau mengakui walaupun memenangi kerusi tersebut dengan majoriti kecil, komitmennya untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang tidak pernah luntur.

Justeru, beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama rapat bagi memastikan kekuatan GPS-PRS terus utuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Tiada lagi ruang untuk ‘musuh dalam selimut’. Semua ahli parti perlu saling menyokong demi kestabilan politik dan pembangunan kawasan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Santai bersama Rakyat Mapai di Rumah Kana Busoh, Rumah Andin Nuing dan kediaman Encik Setia pada Ahad.

Sementara itu, Anyi turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM8,000 kepada komuniti setempat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Andin.

Tambahnya, permohonan bagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dikemukakan sebelum ini akan diteliti semula bagi memastikan agihan peruntukan dibuat secara adil berlandaskan keperluan sebenar rakyat.

Beliau juga sempat mengingatkan kaunselor dan Tuai Rumah (TR) agar proaktif dalam peranan mereka menjaga kebajikan penduduk, di samping menyeru orang ramai agar menggunakan media sosial secara berhemah.

Related Posts

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang yang baharu menerusi pemilihan jawatankuasa gabungan itu. Ahmad Farhan akan dibantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas gagal, Bersatu hanya junjung titah Raja Perlis – Marzuki

DAKWAAN bahawa Bersatu mengkhianati Pas dalam kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis terus dipersoalkan apabila bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, menegaskan krisis itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang