‎Ekonomi Sabah dijangka terus berkembang positif ‎

KOTA KINABALU – Ekonomi Sabah dijangka mampu terus berkembang secara positif meskipun berdepan tekanan luaran termasuk kesan kemelesetan ekonomi dunia akibat konflik berpanjangan di Timur Tengah dan Eropah Timur.

‎Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata keyakinan itu bersandarkan pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0, yang menjadi teras utama agenda pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

‎“Dengan selesainya proses Pilihan Raya Negeri ke-17 pada akhir November tahun lalu, Kerajaan Negeri yang saya pimpin ini bertekad untuk memperhebatkan agenda pembangunan untuk tempoh lima tahun mendatang, bersandarkan Hala Tuju SMJ 2.0 yang telah dilancarkan pada 30 Januari lalu.

‎”Hala tuju ini juga sejajar dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bermula pada tahun ini sehingga 2030.

‎”Justeru, saya amat yakin, melalui Hala Tuju SMJ 2.0, ekonomi negeri mampu berkembang dengan positif meskipun akan berlaku tekanan luaran seperti kesan kemelesetan ekonomi dunia akibat peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah dan di Eropah Timur,” ujarnya dalam ucapan menjunjung kasih pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

‎Tambah Hajiji, Kerajaan Negeri mula menerokai potensi Ekonomi Biru sebagai pemacu strategik utama di bawah SMJ 2.0, berasaskan kelebihan maritim dan biodiversiti Sabah.

‎“Ia merangkumi pembangunan bioteknologi marin, perikanan pintar, marikultur moden, logistik dan pelancongan lestari, serta penggunaan sungai sebagai nadi ekonomi luar bandar.

‎”Inisiatif ini turut melibatkan perlindungan pesisir pantai, bakau dan terumbu karang serta pembangunan karbon biru ke arah pertumbuhan ekonomi bernilai tambah yang lebih tinggi.

‎”Penerokaan Ekonomi Biru ini, terutama dalam sektor perikanan dan akuakultur, dijangka mampu menjana pendapatan hasil laut sehingga RM3.25 bilion setahun,” kongsinya.

‎Dalam pada itu, Hajiji turut menegaskan, kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan akan terus diperkukuh bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan berjalan secara teratur, cekap dan berkesan.

‎“Projek-projek pembangunan, khususnya yang menjadi keutamaan, meliputi pembangunan infrastruktur, kesihatan, pendidikan, keselamatan dan kebajikan perlu dipantau lebih rapi agar berjalan lancar dan terlaksana seperti yang dijadualkan,” ujarnya.

‎Terdahulu, Hajiji turut menyeru kepada semua rakyat di Sabah untuk berjimat dalam perbelanjaan harian dan berhemah dalam penggunaan sumber air.

‎”Pergolakan global turut menjejaskan bekalan minyak dunia, sekali gus mencetuskan krisis tenaga yang bakal dirasai di negara ini.

‎“Saya mengajak seluruh rakyat untuk mengambil langkah berjimat cermat, khususnya dalam berbelanja dan penggunaan kenderaan seharian.

‎”Di kesempatan ini, saya juga ingin mengingatkan rakyat supaya lebih berhemah dalam penggunaan air berikutan peningkatan suhu yang menunjukkan tanda-tanda fenomena El-Nino yang berpotensi menyebabkan kemarau panjang.

‎“Elakkan pembakaran terbuka, dan kurangkan aktiviti luar terutama ketika suhu mencapai tahap panas yang luar biasa,” katanya.

‎Sempena sambutan ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri, Hajiji turut mengajak seluruh kepimpinan negeri termasuk penjawat awam dan sektor swasta untuk bersama-sama memperkukuh azam dan iltizam dalam memacu kemajuan Sabah.

‎ “Saya ingin mengajak seluruh kepimpinan negeri, untuk kita teru,s mencurahkan khidmat bakti demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat,” katanya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi