Perkhidmatan feri Langkawi dicatu 3 trip berbanding 5 sehari

KANGAR – Perkhidmatan feri ke Langkawi kini dicatu kepada tiga trip sehari berbanding lima sebelum ini susulan peningkatan mendadak kos operasi akibat kenaikan harga diesel industri.

Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, TC. Dr. Baharin Baharom berkata, langkah itu berkuat kuasa mulai 25 Mac 2026 sebagai usaha menstabilkan operasi harian.

“Pengurangan ini terpaksa dilakukan bagi mengimbangi kos operasi yang meningkat mendadak selepas harga diesel industri naik daripada RM3.20 kepada RM7.30 seliter.

“Kenaikan ini melebihi 100 peratus dan memberi tekanan besar kepada operasi feri,” katanya.

Menurutnya, keputusan tersebut bukan bertujuan menyusahkan pengguna sebaliknya bagi memastikan perkhidmatan feri tidak dihentikan sepenuhnya.

Beliau berkata, kadar tambang feri ke Langkawi selama ini antara paling rendah di Malaysia iaitu sekitar 88 sen per batu nautika berbanding laluan lain seperti Pulau Tioman dan Pulau Pangkor yang mencecah sekitar RM2 per batu nautika.

“Tambang rendah ini dikekalkan bagi memastikan akses pelancongan kekal mampu milik, namun dalam keadaan kos meningkat, ia menjadi cabaran besar kepada pengusaha.

“Langkah catuan jadual ini adalah keperluan untuk memastikan kelangsungan operasi,” ujarnya.

Tambah beliau, tanpa langkah penstabilan seperti pelarasan tambang atau sokongan dasar, industri feri Langkawi berisiko berdepan penutupan dalam tempoh terdekat.

Jelasnya, pihaknya akan terus berusaha mengekalkan perkhidmatan kepada penumpang walaupun berdepan risiko kerugian.

Related Posts

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

LIMBANG – Sebuah unit rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran petang semalam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

MIRI – Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral berjaya mengawal kebakaran belukar yang berlaku di Jalan Airport, di sini, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan