Pelaksanaan nyahkarbon pengangkutan awam di Sarawak dapat perhatian

KUCHING – Sarawak sentiasa komited dalam melaksanakan insentif penyahkarbon pengangkutan awam.

Oleh itu, inisiatif Sarawak tersebut mendapat mendapat perhatian daripada pihak luar negara.

Pengendali kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART) terbesar di dunia, Sichuan Chuannan Rail Transit Operation Co Ltd berhasrat mahu menambah pengangkutan ART berkuasa hidrogen pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro Ts Mazli Mustaffa berkata keputusan tersebut dilaksanakan selepas mendapat ilham daripada Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang dilaksanakan sekarang.

“Ini menunjukkan apa yang kita lakukan turut memberi inspirasi kepada orang lain untuk menggunakan teknologi hidrogen,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke China baru-baru ini untuk pra-pentauliahan dan fizikal pemeriksaan kenderaan ART pertama projek KUTS di kemudahan pembuatan ART CRRC di Yibin, wilayah Sichuan.

Sementara itu, Mazli berkata Yibin menambah sekurang-kurangnya lima kenderaan ART berkuasa hidrogen baharu.

“Saya percaya komitmen antarabangsa yang semakin meningkat terhadap teknologi hidrogen dalam pengangkutan awam khususnya Metro Sarawak,” kata beliau lagi.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk