PRK Mahkota: 1,074 pegawai dan anggota polis bertugas pada penamaan calon

JOHOR BAHRU – Polis Johor menggerakkan seramai 1,074 pegawai dan anggota sepanjang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pegawai dan anggota polis terbabit akan mengawal lalu lintas dan keselamatan sepanjang proses penamaan calon berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang.

“Pasukan ini akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik bagi memantau situasi dan mengelakkan sebarang insiden yang mengganggu ketenteraman awam.

“Polis Johor menasihatkan agar calon-calon dan penyokong-penyokong parti terbabit mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menegaskan tindakan akan diambil sekiranya berlaku sebarang insiden yang mengganggu-gugat ketenteraman awam atau menyalahi undang-undang.

“Orang ramai dinasihatkan agar terus bersikap matang, saling menghormati dan mengelakkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan insiden tidak diingini,” katanya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa mendapatkan rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini manakala penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.

Mengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikemas kini hingga 2 Ogos lalu, DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, 4,410 anggota tentera dan pasangan, 401 anggota polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

Related Posts

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

KEMAMAN — Sebuah syarikat berpangkalan di Korea Selatan dilaporkan bersetuju melabur sehingga RM5 bilion bagi mengambil alih kilang CJ Bio Malaysia di Kerteh, yang dijadualkan menamatkan operasi secara berperingkat mulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Penyelidikan berkaitan Sabah perlu mempunyai hubungan lebih dekat dengan keperluan masyarakat, industri dan pembangunan negeri bagi memastikan hasil kajian memberi impak praktikal. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Pelaburan hingga RM5 bilion untuk ambil alih kilang CJ Bio

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Penyelidikan perlu beri impak kepada pembangunan Sabah – Hajiji

Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Rapatkan jurang peluang belia Sabah menerusi Belanjawan 2027

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Nahas helikopter FDS: Kerajaan digesa sedia mekanisme sokongan sehenti buat keluarga mangsa

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani: Dari janji enam bulan ke siasatan RM40 juta

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz

Empat Undang tarik balik semakan kehakiman isu penyingkiran Tuanku Muhriz