Kerajaan umum diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus bagi memudahkan perjalanan rakyat pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bertujuan meringankan beban kos perjalanan rakyat.

“Keputusan ini dicapai melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, dengan jumlah tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, diskaun tol berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac sehingga 11.59 malam 19 Mac, membabitkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya kecuali Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan turut melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara ‘fast track’.

Katanya, bersempena Aidilfitri, kira-kira 4,000 individu, khususnya ibu dan bapa tunggal, akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan.

“Semua langkah ini adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat terus menikmati manfaat daripada kemakmuran yang kita usahakan bersama,” katanya.

Beliau menasihatkan rakyat supaya berbelanja secara berhemah sepanjang sambutan Syawal, mengambil kira keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu.

Anwar menegaskan bahawa semua inisiatif ini adalah bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat terus mendapat manfaat daripada kemakmuran negara.

Related Posts

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sebulan kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan harta masing-masing. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil masa sehingga Khamis ini untuk merakam keterangan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang kini menjalani hukuman penjara. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC