Berang ditegur, pekerja restoran tetak tangan rakan sekerja

TAWAU – Berang ditegur nasi belum dimasak dipercayai punca seorang pekerja restoran menetak tangan kiri rakan sekerjanya menggunakan pisau pemotong dalam kejadian di sebuah restoran di Kubota Sentral, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, semasa kejadian, rakan sekerja yang ditegur tiba-tiba menjadi emosional dan bertindak di luar kawalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan mendapatkan rawatan di Hospital Besar Tawau dan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Suspek berumur 21 tahun itu kemudiannya berjaya ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau di sekitar Jalan Habib Hussein,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Menurut Jasmin, pihaknya turut merampas pisau berukuran 33cm dan plastik putih dipercayai berkaitan dengan kes yang disiasat.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan