RUU pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya dimuktamadkan Mei

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas Parlimen yang meneliti cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka memuktamadkan penyata Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan pindaan Perlembagaan itu pada pertengahan Mei ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat (JKPK) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas pakar perundangan dan perlembagaan sebelum penyata RUU itu dimuktamadkan.

Beliau berkata, antara pihak yang akan dipanggil memberi pandangan termasuk ahli akademik dalam bidang perundangan serta tokoh yang mempunyai kepakaran dalam hal berkaitan Perlembagaan.

Beliau berkata penyata Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2026 mengenai pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijadual dimuktamadkan pada 18 Mei ini.

Selain itu, katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut diberi peluang mengemukakan pandangan secara bertulis berhubung RUU tersebut, selain berkemungkinan dijemput menghadiri sesi libat urus sekiranya diperlukan.

“JKPK dijadualkan mendengar pandangan dan maklum balas daripada empat pakar akademik berkaitan perundangan serta perlembagaan, sebelum proses melengkapkan penyata RUU itu.

“Kita cuba buat sesi libat urus bersama NGO sebanyak mungkin dan harapan daripada perbincangan tadi, nampaknya semua Ahli Parlimen bersetuju yang pemisahan ini diperlukan.

“Kita juga tidak menolak memanggil bekas Peguam Negara untuk mendengar pandangan dan maklum balas mereka mengenai pindaan ini, namun tarikh khusus bagi tujuan itu belum diputuskan lagi.

“Kita perlu meneliti beberapa perkara supaya dapat mewujudkan persetujuan bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pindaan ini boleh dibawa ke Dewan Rakyat pada Jun ini,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama JKPK mengenai pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya Bil 1/2026 di Parlimen Malaysia, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa RUU tersebut dirujuk kepada JKPK Dewan Rakyat bagi membolehkan penelitian lebih terperinci dibuat terhadap cadangan pindaan berkenaan selepas bacaan kali kedua pada 3 Mac lalu.

Jawatankuasa berkenaan antara lain akan meneliti aspek mekanisme akauntabiliti bagi jawatan Pendakwa Raya serta mencadangkan sebarang pindaan yang difikirkan perlu.

RUU itu sebelum ini dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 23 Februari lalu, namun bacaan kali kedua tidak diteruskan ke peringkat perbahasan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, mesyuarat pertama JKPK turut membincangkan beberapa perkara utama di bawah lima isu utama yang dikenal pasti.

Antaranya termasuk syarat, kelayakan dan larangan berkaitan pelantikan, selain mekanisme pelantikan bagi jawatan terlibat.

Selain itu, katanya, perbincangan turut menyentuh tempoh jawatan dan had umur, mekanisme penamatan perjawatan serta aspek akauntabiliti institusi.

Beliau berkata, semua perkara itu memerlukan perbincangan lanjut melibatkan wakil parti politik, namun perkembangan awal menunjukkan kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang mempunyai pandangan yang sehaluan mengenai keperluan pemisahan kuasa berkenaan.

“Paling utama ialah keperluan melakukan pemisahan ini dan jika boleh ia mesti dilaksanakan pada tahun ini. Saya percaya semua yang menghadiri mesyuarat memahami perkara itu.

“Saya juga berpendapat kebanyakan parti politik juga faham cabaran dihadapi berkaitan jawatan tertentu, selain tidak menafikan ketika ini wujud defisit kepercayaan yang besar berhubung jawatan tertentu.

“Saya tidak bercakap mengenai kedudukan politik, sebaliknya beberapa jawatan tertentu seperti diketahui, kebimbangan Peguam Negara ialah Ahli Parlimen dan orang ramai mempersoalkan isu akauntabiliti,” katanya.

Related Posts

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan memperkukuh perlindungan serta menyediakan ganjaran kepada pemberi maklumat yang tampil mendedahkan kegiatan kartel dan amalan penipuan bidaan susulan pindaan Akta Persaingan 2010…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah turut dirasai seluruh warga PDRM

KANGAR – Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pagi ini turut dirasai seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyifatkannya sebagai kehilangan seorang tokoh wanita negara. Ketua Polis Negara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan