200 peserta eKasih terima baucar RM400 menerusi Program Jom Raya Sejahtera MADANI

SERAMAI 200 peserta eKasih menerima baucar bernilai RM400 menerusi Program Jom Raya di bawah inisiatif Sejahtera MADANI yang diadakan bagi membantu golongan memerlukan membuat persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, usaha berkenaan juga membuktikan kebajikan rakyat terus menjadi teras pentadbiran Kerajaan MADANI yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sempena perayaan ini kerajaan akan memastikan hasil ekonomi dapat dikongsi dan diagihkan dengan lebih baik khususnya kepada golongan B40.

“Melalui inisiatif Sejahtera MADANI, selain program kebajikan dan bantuan, banyak kerjasama turut dijalinkan dengan sektor swasta bagi melaksanakan intervensi yang dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan B40 dan peserta eKasih.

“Pada masa sama, ia juga bertujuan memperkasakan pendidikan supaya dalam jangka masa panjang mereka mempunyai peluang untuk mengubah nasib,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jom Raya di bawah inisiatif Sejahtera MADANI di pentas terbuka Agromall Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak, Gopeng pada Sabtu.

Sandrea berkata, baucar Pasar Raya Mydin bernilai RM400 yang diberikan membolehkan penerima membeli pelbagai barangan keperluan termasuk pakaian raya, kuih-muih, daging, ayam serta keperluan lain bagi membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga lebih banyak program di bawah inisiatif Sejahtera MADANI dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk terus membela nasib rakyat,” katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan bantuan bersasar, sokongan kos sara hidup serta pelbagai inisiatif kebajikan akan terus diperkukuh bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat.

Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Perak, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar serta Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit