Kabinet akan putus cadangan kerja dari rumah penjawat awam minggu depan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membuat keputusan berhubung cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam pada mesyuarat Kabinet minggu depan sebagai langkah memastikan kelangsungan operasi perkhidmatan kerajaan susulan perkembangan konflik geopolitik.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, meneliti cadangan berkenaan terlebih dahulu.

“Beberapa ikhtiar sedang diteliti. Perdana Menteri sudah meminta supaya Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam meneliti cadangan bekerja dari rumah atau ‘work from home’ untuk memastikan beberapa perkara terselaras.

“Ini untuk sektor awam dan hasil daripada perbincangan itu akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat (Kabinet) insya-Allah pada Selasa depan,” kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sebelum ini, Wan Ahmad Dahlan dilaporkan menyatakan bahawa pengaturan kerja fleksibel termasuk bekerja dari rumah merupakan antara langkah yang boleh dipertimbangkan bagi memastikan operasi kerajaan terus berjalan lancar ketika berdepan ketidaktentuan global berpunca daripada konflik geopolitik, bencana atau krisis kesihatan awam.

Beliau turut merujuk pengalaman negara ketika penularan COVID-19 yang menunjukkan sektor awam mampu menyesuaikan kaedah kerja dengan pantas melalui penggunaan teknologi serta pendekatan kerja baharu.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa negara anggota ASEAN seperti Thailand, Vietnam dan Filipina turut melaksanakan langkah berjaga-jaga termasuk memperluas amalan bekerja dari rumah bagi mengurangkan penggunaan tenaga selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi