Tanah runtuh: Hasrat warga emas pulang ke KK tidak kesampaian

SANDAKAN – Seorang lelaki warga emas yang maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah bangunan di Blok 10, Lebuh 4 di sini sepatutnya berlepas pulang ke Kota Kinabalu pada pukul 11 pagi Rabu.

Anaknya, Lionel Aaron, 45, berkata kali terakhir dia bertemu bapanya Agustine Frederick J Lingam, 72 adalah pada awal Februari lalu dan tidak menyangka pertemuan itu menjadi kenangan terakhir buat mereka sekeluarga.

Menurutnya, ketika mengambil beg milik bapanya sebelum kejadian, segala persiapan perjalanan pulang telah pun siap dilakukan termasuk tiket penerbangan yang sudah tersedia.

“Beg dia sudah packing, dalamnya ada tiket penerbangan dan dia sudah bersedia untuk berangkat.

“Malangnya berlaku bencana ini,” katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM10,000 kepada waris mangsa tanah runtuh daripada kerajaan negeri yang disampaikan oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson di Wisma Perbandaran di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian itu, Agustine dikatakan cuba menghidupkan set jana kuasa yang terletak di belakang hotel itu selepas bekalan elektrik terputus, bagaimanapun berlaku runtuhan menyebabkan mangsa tertimbus.

Lionel berkata, dia merupakan individu pertama dalam keluarga yang dimaklumkan mengenai kejadian tersebut selepas dihubungi oleh bapa saudaranya sebelum memaklumkan berita berkenaan kepada kakak sulung dan adik perempuannya.

“Kami tiga beradik dan saya anak kedua.

“Sudah tentu apabila mendengar berita itu hati kami sangat hancur, namun pada masa yang sama kami masih tidak mengetahui dengan jelas apa yang berlaku pada awalnya.

“Selepas itu barulah maklumat diperoleh sedikit demi sedikit bahawa kejadian tersebut berpunca daripada hujan lebat dan merupakan bencana alam,” ujarnya.

Menurutnya, jenazah bapanya akan dibawa ke Kota Kinabalu untuk dikebumikan secepat mungkin, namun lokasi tepat pengebumian masih belum dipastikan.

Lionel turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) atas usaha pantas dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah atas bantuan yang diberikan kepada keluarga kami bagi meringankan sedikit beban,” katanya.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor