10,000 bungkusan juadah Aidilfitri diagih kepada pasukan beruniform di Perak

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyerahkan sebanyak 10,000 bungkusan juadah Hari Raya Aidilfitri kepada 16 agensi pasukan beruniform sebagai tanda penghargaan kepada anggota yang bertugas ketika musim perayaan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif tahunan itu bertujuan menghargai jasa anggota keselamatan yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerana menjalankan tugas demi menjaga keamanan negara.

Menurutnya, juadah tersebut akan diagihkan kepada anggota yang bertugas termasuk di sempadan dan lokasi penugasan sepanjang musim perayaan.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, kerajaan negeri menyumbangkan juadah kepada pasukan beruniform termasuk tentera, polis, bomba dan beberapa agensi lain.

“Insya-Allah juadah ini akan dinikmati oleh anggota yang bertugas, khususnya mereka yang berada di sempadan atau yang menjalankan tugas pada hari raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Juadah Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Perak kepada Pasukan Badan Beruniform di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Antara penerima sumbangan tersebut ialah Markas Pemerintahan Armada Barat, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak, Akademi Tentera Udara, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Jabatan Imigresen Perak, Pasukan Gerakan Khas serta Angkatan Pertahanan Awam Negeri.

Saarani berkata, majlis berkenaan menjadi simbolik penghargaan kerajaan negeri terhadap komitmen anggota pasukan beruniform yang sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Related Posts

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

SHAH ALAM – Seramai 5,000 rakyat Selangor yang kehilangan pekerjaan tahun ini bakal dibantu untuk membina kerjaya baharu dalam bidang keusahawanan menerusi pelaksanaan Program Transisi Kerjaya PLATS dengan peruntukan RM4…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

LIMBANG – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) disaran terus memperkukuh pentadbiran dan lebih kreatif memacu ekonomi setempat bagi mengelakkan anak muda berhijrah ke bandar. Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Tulisan Presiden Pas dan pengakuan terbuka kegagalan projek ‘Penyatuan Umat’

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

Diplomasi strategik Malaysia-Rusia perkukuh kedudukan negara di pentas global

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

5,000 rakyat Selangor hilang kerja ditawar laluan jadi usahawan melalui PLATS

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

JKKK perlu kreatif jana ekonomi kampung, kekang migrasi anak muda ke bandar 

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Empat nelayan warga Thailand ditahan langgar syarat tangkap ikan

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau

Intervensi awal UMS bantu murid berkeperluan khas di Keningau