20 petak kubur terjejas akibat tanah runtuh di Sandakan

SANDAKAN – Sekitar 20 petak kubur di Tanah Perkuburan Sim-Sim di sini rosak akibat tanah runtuh awal pagi Rabu.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan, runtuhan susulan mungkin berlaku sekiranya hujan lebat berterusan sejak semalam.

Susulan insiden itu, anggota APM digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan keselamatan.

Skuad Delta APM turut dikerah untuk melakukan pemeriksaan dan menilai keadaan semasa di kawasan terjejas.

“Setakat ini, tiada laluan jalan raya yang terjejas, dengan jarak runtuhan dianggarkan sekitar 12 meter dari jalan utama.

“Pemantauan akan diteruskan bagi memastikan keselamatan orang awam,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelakkan berada terlalu hampir dengan kawasan runtuhan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan