Had umur 13 tahun minimum pengguna media sosial akan diteliti

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan kini sedang meneliti untuk menetapkan had umur minimum pengguna media sosial kepada 13 tahun selari dengan apa yang dianjurkan oleh kerajaan Australia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan had umur minimum 13 tahun itu penting bagi memastikan internet lebih selamat khususnya untuk kanak-kanak dan keluarga.

“Penetapan had umur 13 tahun itu telah dibangkitkan berulang kali dengan pihak penyedia platform media sosial malah garis panduan mereka adalah tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun membuka akaun media sosial.

“Namun realitinya di lapangan, kanak-kanak seawal usia enam tahun sudah pun memiliki akaun media sosial sendiri dan ini bukan kerana ketiadaan dasar, tetapi pelaksanaannya yang lemah,” katanya dalam sidang media mingguan bersama menteri pada Rabu.

Tambah Fahmi, penelitian harus dibuat terhadap dasar penetapan had umur minimum kepada 13 tahun sebagaimana yang digunakan oleh negara-negara lain dan bukan sahaja Australia.

“Menerusi pertemuan bersama semua penyedia platform media sosial pada Julai lalu, mereka faham bahawa tujuan kita (kerajaan) meletakkan had umur itu adalah bagi mengekang masalah jenayah dalam talian terutamanya melalui media sosial,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Fahmi turut mengesahkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk meneruskan penghalaan semula sistem nama domain (DNS) sebagaimana sebelum ini.

Beliau bagaimanapun telah meminta supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneruskan sesi libat urus yang telah bermula sejak enam bulan lalu dan tidak memberi sebarang ruang untuk berkompromi berkenaan isu dalam talian.

“Keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan internet lebih selamat kepada kanak-kanak dan keluarga, jenayah telah berhijrah ke dunia siber dan ia bukan sahaja di media sosial tetapi ‘world wide web’ (www).

“Langkah menyeluruh perlu dilaksana, saya minta supaya SKMM teliti dan cari jalan penyelesaian yang berkesan, sesi libat urus sejak enam bulan lalu juga akan diteruskan,” katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta tidak meneruskan arahan mewajibkan semua penyedia perkhidmatan internet (ISP) di Malaysia melakukan penghalaan semula Sistem Nama Domain (DNS).

Sehubungan itu, SKMM perlu meneruskan sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan untuk memperoleh pandangan, cadangan dan saranan bagi memastikan objektif internet lebih selamat dapat dicapai.

Beliau berkata, isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman web perjudian, persundalan, pornografi amat membimbangkan dan memerlukan penyelesaian menyeluruh.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian SKMM, Datuk Dr Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen berkata, arahan terhadap penyedia ISP untuk mengalihkan trafik DNS yang menggunakan pelayan pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri tidak akan menjejaskan, mengganggu atau menyekat pengguna daripada melayari laman web yang sah.

Mohamed Sulaiman berkata, laman web yang terkesan dengan tindakan itu adalah laman web yang menyalahi undang-undang Malaysia, menyebabkan sekatan dikenakan supaya tidak dapat diakses rakyat Malaysia.

Related Posts

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut