BKK 2026: RM500 untuk Gred 15 ke bawah dibayar 13 Mac

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah, termasuk kakitangan lantikan kontrak, akan disalurkan pada 13 Mac ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pesara kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpencen turut menerima BKK sebanyak RM250 pada tarikh yang sama.

“Bantuan ini dikecualikan daripada cukai pendapatan.

“Bagaimana kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan takmir?

“70,000 orang semuanya… kita juga salurkan Bantuan Khas Kewangan 2026 Imam pada 13 Mac sebanyak RM500,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di sini, hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri memaklumkan kerajaan pada 4 Mac lalu telah meluluskan perluasan bantuan subsidi FLYsiswa kepada beberapa institusi pengajian tinggi selain Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Menurut beliau, institusi yang terlibat termasuk Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), universiti separa kerajaan, institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri serta Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Katanya, subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bernilai RM400 yang bertujuan mengurangkan beban pelajar bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dijangka memanfaatkan lebih 50,000 pelajar pada 2026, berbanding 44,000 pelajar pada tahun lalu.

Related Posts

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

KOTA KINABALU – Program Jom Masuk Universiti peringkat Zon Pantai Barat Sabah menjadi platform penting kepada pelajar, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mendapatkan maklumat terkini mengenai peluang melanjutkan pengajian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat