Kebakaran sebelum berbuka puasa musnahkan rumah dan kenderaan

SIBU – Sebuah rumah di Kampung Bahagia Jaya, Teku di sini musnah dalam kebakaran beberapa minit sebelum waktu berbuka puasa pada petang Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata kejadian yang berlaku sekitar 6.30 petang itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan motosikal Yamaha 135LC.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bersama BBP Sibu Sentral sebagai bantuan bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.49 petang.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah yang telah terbakar 100 peratus.

“Turut terlibat dalam kebakaran ialah sebuah kereta jenis Proton Wira dan motosikal Yamaha 135LC, yang kedua-duanya juga terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat atau mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, PKO menjalankan operasi pemadaman dengan membentang tiga aliran hos sepanjang 200 kaki menggunakan empat pancutan nozel, dengan sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

Operasi mengawal dan memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada 8.35 malam.

Related Posts

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

TENOM – Mahkamah hari ini memerintahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew, membela diri terhadap kesemua 11 pertuduhan selepas mendapati wujudnya kes prima facie terhadapnya.‎‎Peguam bela, Datuk Ram Singh berkata, keputusan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

TAWAU – Satu inisiatif menyeluruh daripada kerajaan termasuk penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta digesa menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan terutamanya dalam bidang kemahiran. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

28 tahun harungi cabaran kos, perniagaan kedai bunga Susan terus ‘mekar’

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

FIFA sedia kaji semula harga tiket Piala Dunia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

Kerajaan, swasta disaran sedia peluang pekerjaan khusus kemahiran

Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti

Masjid Lesung Batu dijangka siap Ogos, tampung keperluan komuniti