Bas ekspres bawa 10 penumpang terbabas sebelum terbalik

JOHOR BAHRU- Sebuah bas ekspres membawa 10 penumpang dipercayai terbabas sebelum terbalik di tepi jalan dekat Kampung Sepakat Baru, Batu 11 susur keluar Plaza Tol Skudai di sini, malam Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan I Kamarulzaman Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 malam sebelum sebuah jentera bersama anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di tempat kejadian pada jam 8.29 malam dan mendapati bas ekspres berkenaan terbabas sebelum terbalik di tepi jalan.

“Seramai 10 mangsa terbabit dalam kemalangan itu. Pasukan Keluaran Operasi bertindak mengeluarkan dua penumpang yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Seorang lagi mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu bas bersama dua lagi mangsa mengalami kecederaan namun tidak tersepit, manakala empat penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurutnya, semua mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan, ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia dan St John Ambulans sebelum dihantar untuk rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.14 malam selepas keadaan disahkan selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian.

Jelasnya, bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy