Paip air terjejas akibat tanah runtuh, bekalan air di beberapa kawasan terganggu

LIMBANG – Bekalan air di beberapa buah kampung sepanjang Jalan Buangsiol mengalami gangguan sementara susulan kejadian tanah runtuh yang menyebabkan paip air utama berdiameter 280 milimeter jenis HDPE teralih dari kedudukannya.

Menurut Sarawak Water Sdn Bhd (Wilayah Utara), kejadian tersebut berlaku di laluan paip dari Kampung Bukit Kota ke Kampung Pemukat di Jalan Buangsiol.

Kerja-kerja pembaikan telah dimulakan dan akan disiapkan tertakluk kepada keadaan tapak serta cuaca semasa.

Bagi membolehkan kerja pembaikan dijalankan dengan selamat, bekalan air terpaksa dihentikan sementara sepanjang tempoh tersebut.

Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Kampung Pemukat, deretan rumah kedai di sepanjang Jalan Buangsiol, Kampung Limpaong, Kampung Bukit Kota serta Kampung Buangsiol, yang sebahagiannya akan mengalami tekanan air rendah dan gangguan bekalan air sementara.

Secara keseluruhan, gangguan itu melibatkan kira-kira 30 buah rumah serta sekitar 50 unit rumah kedai di kawasan berkenaan.

Sarawak Water memaklumkan bahawa sebaik sahaja menerima laporan kejadian, pasukan teknikal dan operasi telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan kerja pengasingan pada bahagian paip yang terjejas sebelum memulakan kerja pembaikan kecemasan bagi menstabilkan keadaan serta memulihkan bekalan air secepat mungkin.

Dalam masa sama, lori tangki air akan digerakkan sekiranya terdapat permintaan, dengan keutamaan diberikan kepada perkhidmatan penting tertakluk kepada ketersediaan.

Pengguna yang memerlukan bekalan air kecemasan boleh menghubungi talian Careline Sarawak Water untuk penyelarasan bantuan.

Sarawak Water turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika melalui Jalan Buangsiol sepanjang tempoh kerja pembaikan dijalankan serta mematuhi arahan pengurusan trafik di lokasi demi keselamatan semua pihak.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Pusat Panggilan Sarawak Water (Wilayah Utara – Limbang) di talian 085-215633, 085-215644 atau 085-211601, atau melalui saluran komunikasi rasmi Sarawak Water untuk mendapatkan maklumat terkini.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung