100 peserta kuliah agama terima baucar Prihatin Aidilfitri Pahang

KUANTAN – Peserta kuliah mingguan di Masjid Tepian Putra, dekat sini, mendapat kejutan apabila menerima baucar Prihatin Aidilfitri daripada kerajaan Pahang.

Kuliah bertemakan ‘Masyarakat Qurani Negeri Dirahmati’ itu diadakan setiap hari Rabu di masjid berkenaan.

Sesi kuliah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari.

“Kira-kira 100 peserta kuliah hari ini menerima baucar bernilai RM100 sumbangan kerajaan Pahang.

“Ia adalah antara usaha berterusan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam memberikan semula kepada rakyat setiap hasil pendapatan diperoleh kerajaan Pahang,” kata Ahmad Irshadi.

Melalui baucar yang boleh digunakan melalui aplikasi PahangGo, penerima dapat membeli barangan keperluan untuk persiapan Aidilfitri di pasar raya terpilih.

Related Posts

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

BATU PAHAT – Keputusan Pas untuk tidak meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mempamerkan parti itu sedang mengamalkan politik songsang yang sudah jauh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor