Hukuman 10 tahun penjara, empat sebatan kerana rogol remaja

LIMBANG – Padah merogol seorang remaja perempuan tahun lalu, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis. 

Hukuman tersebut diperintahkan berkuat kuasa bermula dari tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 11 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, tertuduh sebelum ini berhadapan dengan dua pertuduhan yang berasingan.

“Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bersama dua sebatan.

“Selain itu, dia diwajibkan mengikuti sesi kaunseling di bawah Seksyen 26(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan menjalani pengawasan polis selama dua tahun mengikut Seksyen 27(1) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Parum berkata, bagi pertuduhan kedua pula, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan yang diperintahkan berjalan secara berasingan.

Jelas beliau, kes berkenaan terbongkar susulan laporan polis yang diterima pada 10 Disember lalu selepas mangsa yang berusia di bawah 18 tahun didapati hamil.

Susulan laporan tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14(a) akta yang sama untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar memainkan peranan penting dalam memantau pergaulan dan keselamatan anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa jenayah seksual.

“Kita juga menyeru orang ramai agar mematuhi undang-undang serta terus bekerjasama dengan pihak polis demi menjamin kesejahteraan dan keamanan masyarakat setempat,” ujarnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan