Wujud tangan Zionis terlibat rancangan tumbangkan kerajaan – PMX

KUALA LUMPUR – Cubaan menjatuhkan kerajaan yang kini dalam siasatan polis bukan hanya membabitkan pihak luar negara yang bersekongkol dengan warga tempatan, malah melibatkan secara langsung kelompok Zionis terkenal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak perlu memberi sedikit lagi masa untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatannya, sebelum maklumat itu dapat dikongsi kepada umum, jika bersesuaian termasuk kepada Ahli Parlimen.

Menurut beliau, pendedahan lebih lanjut hanya boleh dibuat selepas siasatan dimuktamadkan, sambil mempersoalkan kewajaran mempertahankan mana-mana pihak yang didakwa mempunyai kaitan dengan tokoh Zionis yang secara terbuka menentang negara-negara yang mempertahankan Gaza.

“Dan kalau esok tahu orang yang nak dipertahankan oleh Yang Berhormat Arau itu, itu di antara kelompok Zionis terkemuka. Digunakan dalam program, projek ini dan nanti tunggu… sabar, seminggu atau dua minggu, bila keadaannya terbongkar, boleh diceritakan.

“Apakah kita pilih nak pertahan? Tak ada orang lain dalam dunia untuk pertahankan kedudukan kita. Selain daripada merujuk kepada tokoh Zionis yang memang jelas menentang Islam dan negara-negara yang mempertahankan Gaza dan apalagi dengan kenyataan kita semalam (mengenai Iran),” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen PN Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Sebelum ini, PDRM memaklumkan sedang menyiasat seorang individu berpengaruh dan agensi media antarabangsa berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, konspirasi terancang melibatkan penggunaan agensi pelobi asing, jurubank dan agensi media antarabangsa itu bermula sejak Ogos 2024 dan akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, berdasarkan maklumat serta rekod syarikat yang sedang disiasat oleh polis, terdapat sekurang-kurangnya enam pertemuan diadakan sepanjang tahun 2025, sama ada di dalam mahupun luar negara.

“Kemudian yang mendorong kegiatan ini adalah kerana siasatan rasuah oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang berskala besar. Itu yang menyebabkan mereka terpanggil untuk bertindak menggunakan kekuatan pengaruh luar dan dalam negara.

“Strategi mereka seperti mana disebut sebahagiannya tadi, dari rekod syarikat antarabangsa berkenaan, yang menyebut umpamanya untuk menghubungi semua media asing dengan strategi mempertikai usaha kerajaan khususnya SPRM.

“Kemudian menggunakan kekuatan dan ‘contact’ dengan negara-negara luar dengan tujuan beri naratif mempertikai kewibawaan Malaysia dan kerajaan serta mengatur gerakan melalui Parlimen Malaysia. Ini yang membimbangkan kita,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan, kerajaan tentunya memandang serius cubaan ini dan jika diizinkan, Jabatan Peguam Negara, agensi penguatkuasaan serta Majlis Keselamatan Negara (MKN), boleh berkongsi maklumat mengenainya kepada wakil rakyat.

“Sebaik ada maklumat tambahan dan diizinkan Jabatan Peguam Negara, PDRM dan badan-badan penguatkuasaan, kalau perlu saya boleh memanggil untuk MKN boleh selaraskan satu perjumpaan dengan wakil-wakil kerajaan dan pembangkang.

“Kerana bagi saya ini tidak terikat dengan parti, tetapi soal keselamatan atau ‘national security’. Kita tahu Malaysia, seperti mana yang Yang Berhormat pembangkang bersama semalam dalam kes seperti kecaman kita terhadap Israel dan Amerika Syarikat (AS), itu satu-satu negara. Saya teliti seluruh liputan media, Malaysia di antara yang paling keras,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji