Dewan Perniagaan Tionghoa sumbang peti sejuk khas darah RM18,000

LAHAD DATU – Keprihatinan komuniti setempat terus dizahirkan apabila Dewan Perniagaan Tionghoa Lahad Datu menyumbangkan sebuah peti sejuk khas penyimpanan darah bernilai RM18,000 kepada Hospital Lahad Datu bagi meningkatkan keupayaan rawatan kes kecemasan dan kritikal.

Pengerusinya, Tan Cheng Teng berkata, inisiatif itu digerakkan bersama beberapa penderma selepas pihaknya dimaklumkan mengenai keperluan mendesak terhadap kemudahan penyimpanan darah yang lebih sistematik dan pantas.

“Sumbangan ini kita beri kepada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu sebagai usaha meningkatkan kecekapan pengendalian kes yang memerlukan transfusi darah segera melibatkan mangsa kemalangan serius, pesakit politrauma dan ibu mengandung yang mengalami pendarahan teruk.

“Matlamat kami adalah membantu meringankan beban dan keperluan hospital kerana mereka (jabatan kecemasan dan trauma) memerlukan sebuah peti sejuk ini supaya rawatan kecemasan dapat diberikan dengan lebih cepat dan efisien,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press, pada Selasa.

Sehubungan itu, Cheng Teng berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat besar kepada pesakit tanpa mengira latar belakang.

Katanya, pihaknya komited membantu masyarakat setempat termasuk menyumbang kos rawatan pesakit kurang berkemampuan dan peralatan perubatan penting seperti mesin hemodialisis.

Difahamkan, peti sejuk itu mampu menyimpan sehingga lapan beg darah pada satu-satu masa.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi