Hadkan tempoh jawatan PM tidak jejas kuasa prerogatif Agong

KUALA LUMPUR – Usaha menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak mengubah asas demokrasi berparlimen dan tidak menjejaskan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan pindaan Cadangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak mengurangkan peranan Dewan Rakyat.

Menurut beliau, cadangan tersebut memperkukuhkan lagi struktur perlembagaan melalui satu peruntukan yang jelas bagi mengukuhkan sistem semak dan imbang negara.

“Dalam salah silah demokrasi, kematangan sebuah negara tidak pernah diukur kepada lamanya seseorang memegang tampuk kuasa. Ia diukur pada kekuatan institusi yang menjamin kesinambungan dasar dan pentadbiran negara melangkaui individu.

“Jadi, pengehadan tempoh jawatan bukan penafian terhadap peluang kepemimpinan, sebaliknya satu ikhtiar untuk memastikan negara ini terus dipandu oleh institusi yang kukuh, berfungsi dan tidak terikat pada mana-ma insan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan usul mengutuk serangan biadab dan ganas Israel dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pembentangan RUU itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh institusi dan memartabatkan tatakelola negara.

“Ia merupakan manifestasi komitmen yang dijanjikan kepada rakyat dan dilaksanakan melalui proses Perlembagaan serta Parlimen.

“Cadangan pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri bukan perkara baharu dan telah lama menjadi sebahagian daripada wacana reformasi institusi negara,” katanya.

Jelasnya, ia mencerminkan kesedaran bahawa demokrasi yang matang memerlukan pembaharuan berprinsip.

“Kerajaan mengambil langkah menterjemahkan wacana berkenaan sebagai satu iltizam yang jelas untuk melaksanakan reformasi secara konsisten, bertanggungjawab dan berlandaskan Perlembagaan selepas meneliti amalan terbaik antarabangsa serta keperluan kestabilan dan keyakinan rakyat.

“Dari sudut kerangka Perlembagaan, pengehadan tempoh jawatan merupakan satu mekanisme tadbir urus yang diiktiraf dalam demokrasi moden. Mekanisme ini membantu memastikan peralihan kepimpinan berlaku secara tertib, teratur dan berlandaskan undang-undang,” katanya.

Related Posts

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

PELANTIKAN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen dilihat sebagai usaha Perikatan Nasional untuk menampilkan wajah baharu pembangkang yang lebih sederhana dan profesional. Namun di sebalik penampilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

PUTRAJAYA – Tindakan mengaitkan sijil tahfiz dengan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan bukan sahaja tidak wajar, malah berpotensi mencetuskan salah faham dalam kalangan masyarakat. Pakar pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

Dua jawatan, satu persoalan besar: Mampukah Samsuri pimpin barisan pembangkang?

Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

Jangan heret sijil tahfiz bersama UEC, cetus konflik kekeliruan terhadap masyarakat

City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

City angkat Piala FA lepas tewaskan Chelsea di Wembley

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang

LKIM santuni nelayan Pontian, umum bantuan naik taraf stor dan sokongan lot kerang

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mengeluh tidak akan selesaikan krisis — JKOM kupas tekanan ekonomi semasa

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah