Keselamatan 29,000 rakyat Malaysia di Asia Barat terjamin, Wisma Putra laksana pemantauan berterusan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat yang ketika ini terkandas di Asia Barat susulan serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketika ini lebih 29,112 rakyat yang berdaftar dan tidak berdaftar berada di beberapa negara di Asia Barat.

“Tentunya sebagai kerajaan, kita bertanggungjawab untuk memelihara dan menjamin keselamatan rakyat Malaysia. Supaya keberadaan mereka di sana dapat dijamin keselamatan.

“Ramai terkandas akibat penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan. Sebahagiannya memang sudah menetap dan bekerja di sana.

“Sebahagian lagi adalah pelancong dan jemaah umrah. Jumlah yang besar yang berdaftar bertugas di rantau Asia Barat yang mencecah lebih 29,112 orang di kalangan yang berdaftar dan tidak berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengemuka usul mengutuk serangan biadab dan ganas Israel dengan sokongan AS ke atas Iran di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, rakyat Malaysia paling ramai berada ketika ini adalah di negara Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Jordan.

“Kita terutamanya Wisma Putra sedang memantau dari dekat sebahagiannya juga dibantu oleh kedutaan dan menghubungi sekiranya memerlukan kerjasama membawa pulang.

“Walaupun terbantut sekarang kerana tersekat penerbangan. Penerbangan dibolehkan dari Arab Saudi tapi dari negara lain masih lagi belum mendapat kepastian,” katanya.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Bengkel lilin aromaterapi sempena KAWAN Jerantut dapat sambutan

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan