Konflik AS-Iran: Ratusan penerbangan Asia-Pasifik dibatalkan

SEKTOR penerbangan awam di seluruh rantau Asia-Pasifik berdepan gangguan skala besar pada Ahad selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke Asia Barat sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut Anadolu.

Ketegangan itu memuncak susulan pengumuman Tehran bahawa serangan AS-Israel pada Sabtu telah mengorbankan Pemimpin Agungnya, Ayatollah Ali Khamenei, bersama beberapa pegawai kanan kerajaan yang lain.

Syarikat penerbangan di seluruh Asia melaporkan pembatalan jadual, lencongan pesawat, serta ribuan penumpang terkandas ekoran penutupan ruang udara yang kini merebak ke seluruh pelosok Timur Tengah.

Di India, pihak berkuasa membatalkan kira-kira 350 penerbangan selain mengeluarkan amaran kepada pelaut susulan situasi serantau yang semakin meruncing.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada Ahad dilaporkan sesak dengan ratusan penumpang yang menyerbu kaunter berlepas bagi mendapatkan maklumat mengenai status penerbangan, khususnya bagi laluan ke Riyadh, Doha, dan Dubai.

Syarikat penerbangan utama Hong Kong, Cathay Pacific, telah menggantung semua operasi penumpang dan kargo ke Timur Tengah bermula Sabtu susulan penutupan ruang udara selepas serangan berkenaan berlaku.

Dalam pada itu, agensi berita Kyodo melaporkan kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk memindahkan rakyatnya keluar dari Israel seawal Selasa ini, dengan Jordan bakal menjadi lokasi penempatan sementara.

Di Pakistan, syarikat penerbangan nasionalnya, Pakistan International Airlines (PIA), mengumumkan penggantungan penerbangan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, dan Qatar sehingga diberitahu kelak, manakala laluan ke Arab Saudi dilencongkan bagi mengelakkan zon konflik.

Sementara itu, syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines (MAS), dilaporkan melanjutkan tempoh penggantungan penerbangan ke Doha, Jeddah, dan Madinah sehingga 4 Mac ini, lapor agensi berita Bernama.

Situasi sama turut menyelubungi Australia apabila sebilangan besar pengembara terpaksa bermalam di Lapangan Terbang Sydney susulan peningkatan jumlah pembatalan jadual penerbangan.

Syarikat Virgin Australia memaklumkan tujuh penerbangan kendalian Qatar Airways dibatalkan pada Ahad, manakala lima lagi pembatalan dijangka berlaku pada Isnin.

Related Posts

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James