Pasangan kekasih curi motosikal tumpas dalam Ops Lejang Khas

KUCHING – Tindakan sepasang kekasih yang dipercayai aktif dalam kegiatan curi motosikal di sekitar bandar raya ini terbantut apabila mereka ditahan polis dalam Ops Lejang Khas pada 28 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan ke atas suspek lelaki warga tempatan berusia 32 tahun dan teman wanitanya yang berumur 33 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Green pada jam lebih kurang 2.30 petang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek lelaki terbabit secara langsung dalam kes curi motosikal yang dilaporkan di sekitar Kuching.

“Susulan tangkapan itu, pihak polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Avantis berwarna biru yang didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Alexson memaklumkan semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Malah, hasil saringan air kencing turut mendapati pasangan berkenaan positif dadah.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri motosikal.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun, serta boleh dikenakan denda.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang awam agar tidak terlibat dengan apa-apa kegiatan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian jenayah juga diseru untuk tampil menyalurkannya dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444.

Related Posts

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

BATU PAHAT – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyantuni masyarakat setempat menerusi Program JIWA@Komuniti MADANI: Sembang Santai Edisi Goreng Pisang Panas yang berlangsung di Gerai Setara, Taman Banang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

MUAR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil berkata, seramai 157 nelayan Maharani di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Muar menerima sumbangan tong ikan berinsulasi bernilai RM47,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi