Kerajaan serius lahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050

MALAYSIA dijangka bakal melahirkan seramai 125,000 huffaz profesional menjelang 2050.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran ini bukan sekadar angka, sebaliknya ia merupakan strategi nasional untuk membangunkan modal insan yang menggabungkan kekuatan spiritual, kecemerlangan ilmu dan kompetensi industri.

Menurutnya, kerajaan turut menegaskan bahawa agenda memperkasa huffaz adalah selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN 1.0), dengan visi jangka panjang melahirkan para huffaz yang profesional setanding di peringkat global.

Tegasnya, huffaz dilihat sebagai bakat strategik negara yang memiliki disiplin kognitif, daya fokus dan kekuatan memori yang signifikan untuk menyumbang dalam bidang kritikal seperti sains, teknologi, kejuruteraan, perubatan, data, AI dan industri halal.

“Seorang huffaz bukan hanya imam di mimbar, tetapi mampu menjadi jurutera, saintis, pakar teknologi, usahawan dan pemimpin masa depan negara,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Gen Huffaz Teknokrat MARA 2026 di Masjid Wilayah, di ibu negara hari ini.

Program yang berlangsung dua hari bermula hari ini telah menghimpunkan 6,000 pelajar dan alumni daripada 344 institusi pendidikan MARA di seluruh negara.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tetap memberi komitmen dalam menangani isu ketidakpadanan kemahiran dalam kalangan lepasan tahfiz agar lebih selari dengan keperluan industri.

“Kita tidak boleh membiarkan generasi penjaga al-Quran tercari-cari tempat dalam arus pembangunan negara. Mereka mesti dipimpin, diberi laluan kerjaya yang jelas serta kompetensi yang diiktiraf industri,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, komitmen kerajaan meningkatkan kebolehpasaran belia tahfiz diterjemahkan menerusi peruntukan RM30 juta bagi pelaksanaan Industrial Boot Camp (IBC) MARA yang menyasarkan 720 pelajar mengikuti latihan kemahiran profesional dan teknikal dengan pensijilan diiktiraf industri serta jaminan kebolehpasaran.

Jelasnya, peruntukan RM30 juta bagi IBC MARA ini dijangka memberi impak langsung kepada kebolehkerjaan belia tahfiz, mengurangkan jurang kemahiran serta memperkukuh ekosistem bakat berkemahiran tinggi dan berintegriti untuk pembangunan Malaysia MADANI.

“Cabaran sebenar bukan kekurangan bilangan huffaz, tetapi kegagalan mengintegrasikan potensi mereka dengan keperluan pembangunan ekonomi moden. Jika ini tidak ditangani, negara akan kehilangan satu aset insan yang amat bernilai,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang