Dua lelaki positif dadah ditahan di Betong dalam Ops Tapis Khas

BETONG – Dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 37 tahun ditahan dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari di sekitar kawasan Betong.

Menurut beliau, kedua-dua suspek ditahan kerana memiliki dadah dan disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan bahan terlarang sebelum dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut.

“Hasil saringan awal ujian air kencing yang dijalankan di pejabat BSJN IPD Betong mendapati kedua-dua lelaki tersebut positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memaklumkan semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan dadah sebelum ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

Wan Mohamad Ali menegaskan pihak polis memandang serius isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan dadah. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah ini,” tegasnya.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX