1,258 tan sisa pasca banjir dikutip di Perlis

KANGAR – Sebanyak 1,258.03 tan metrik sisa kutipan direkodkan di Tapak Pelupusan Sanitari Rimba Mas, Padang Besar menerusi operasi pasca banjir yang dilaksanakan bermula 29 November hingga 6 Disember tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, operasi itu melibatkan 189 petugas termasuk penguat kuasa SWCorp dengan sokongan 65 unit jentera.

“Pelaksanaan operasi ini turut meliputi 116 kawasan terjejas di bawah perkhidmatan dan seliaan SWCorp membabitkan sebanyak 8,910 premis.

“Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi mencerminkan kesungguhan, pengorbanan dan komitmen tinggi semua pihak dalam memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipulihkan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pasca Banjir peringkat negeri dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini semalam.

Menurutnya, kejayaan operasi tersebut turut membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sektor swasta serta pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran bencana.

“Dengan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan, kita mampu menghadapi sebarang cabaran dengan lebih cekap dan berkesan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Khalid berkata, bencana banjir yang melanda Perlis merupakan satu ujian besar namun terserlah kekuatan semangat kerjasama serta komitmen luar biasa daripada pelbagai pihak.

“Sesungguhnya, para pekerja pembersihan merupakan barisan hadapan dan wira tidak didendang yang bertungkus lumus memastikan kawasan terjejas dipulihkan tanpa mengira penat lelah, masa dan cabaran dihadapi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, bersempena Ramadan, SWCorp komited memperkasakan kesedaran awam menerusi kempen menghargai makanan dan mengelakkan pembaziran bagi mengurangkan tekanan terhadap kapasiti tapak pelupusan.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran