Perjanjian ART: Langkah berhemah PMX pastikan Malaysia tidak terperangkap risiko

PUTRAJAYA – Langkah kerajaan tidak ‘gopoh’ untuk membatalkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) dilihat mencerminkan pendekatan berhemah dalam mengurus kepentingan strategik negara.

Penganalisis hubungan antarabangsa dan keselamatan dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, perjanjian dua hala bernilai kira-kira RM367.5 bilion bukan sahaja melibatkan aspek perdagangan, malah memberi kesan langsung kepada pelaburan, eksport dan kestabilan ekonomi negara.

Menurut beliau, keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang membatalkan tarif berkaitan perjanjian berkenaan telah menimbulkan ketidaktentuan dari sudut undang-undang dan hala tuju dasar perdagangan AS.

“Dalam situasi ini, tindakan meneliti secara menyeluruh implikasi undang-undang dan ekonomi sebelum membuat keputusan muktamad adalah langkah yang bertanggungjawab.

“Ia bukan soal berlengah, sebaliknya memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan analisis yang komprehensif demi melindungi kepentingan rakyat serta komuniti perniagaan, rakan pelabur, selain mengekalkan reputasi Malaysia sebagai rakan dagang yang stabil,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Malaysia tidak akan terburu-buru untuk membatalkan ART dengan AS yang dimeterai 26 Oktober tahu lalu, selepas tarif import diperkenal Presiden Donald Trump dibatalkan Mahkamah Agung negara itu.

Anwar yang menjawab soalan tambahan, Ahli Parlimen PN Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid pada sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa menegaskan, kerajaan perlu diberi ruang dan masa untuk meneliti serta memutuskan termasuk melihat soal kepentingan dan implikasinya kepada ekonomi negara.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berkata, desakan supaya kerajaan menggantung ratifikasi itu tidak boleh dilihat sekadar perdebatan teknikal berkaitan tarif semata-mata, sebaliknya menyentuh persoalan lebih mendalam tentang hala tuju Malaysia dalam dunia yang semakin tidak menentu.

“Apabila Mahkamah Agung AS membatalkan tarif yang menjadi asas kepada perjanjian tersebut, timbul persoalan tentang kestabilan komitmen dan hala tuju dasar perdagangan negara itu sendiri.

“Dalam keadaan begini, adalah munasabah untuk Malaysia mengambil sedikit masa bagi memastikan segala implikasi undang-undang dan ekonomi difahami sepenuhnya sebelum membuat keputusan muktamad,” katanya.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berkata, setiap perjanjian membawa implikasi jangka panjang dan Malaysia perlu memastikan sebarang komitmen tidak terdedah kepada perubahan mendadak akibat dinamika politik domestik negara rakan.

Pada masa sama, beliau menegaskan sebarang keputusan penangguhan perlu disertai komunikasi yang jelas bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan pelabur serta rakan dagang.

“Sekiranya ratifikasi diteruskan, mesej yang dihantar ialah Malaysia kekal konsisten dan komited terhadap hubungan perdagangan dua hala.

“Ini boleh memberi keyakinan kepada sektor eksport dan pelabur bahawa akses ke pasaran AS terus menjadi keutamaan strategik. Namun, kerajaan juga perlu yakin bahawa perubahan undang-undang di AS tidak akan menjejaskan kedudukan Malaysia dalam jangka panjang.

“Hubungan dengan kuasa besar sentiasa memerlukan imbangan yang teliti agar kepentingan nasional tidak terpinggir,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan