Chuping muncul kluster industri kenaf, pacu ekonomi sempadan

KANGAR – Pembangunan Kenaf Integrated Park (KIP) di Chuping meletakkan Perlis di landasan baharu sebagai kluster industri kenaf negara yang berpotensi memacu ekonomi sempadan Malaysia–Thailand.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Noraini Ahmad berkata, projek berkenaan bukan sekadar memperluas tanaman sehingga 2,500 hektar menjelang 2026, sebaliknya membina rantaian nilai lengkap bermula daripada pengeluaran benih, penanaman, pemprosesan sehingga pembangunan produk hiliran.

“Kerajaan menyasarkan keluasan tanaman kenaf mencecah 2,500 hektar pada tahun 2025/2026 sebagai usaha memperkukuh sektor agrikomoditi dan meningkatkan pendapatan petani.

“Perlis mempunyai kelebihan strategik termasuk faktor cuaca panas dan kering yang sangat ideal untuk penghasilan biji benih kenaf berkualiti tinggi,” katanya ketika berucap di Dewan K3 Bukit Keteri dekat sini semalam.

Terdahulu Noraini melakukan lawatan rasmi meninjau potensi penanaman kenaf di negeri itu dan menyampaikan bayaran kepada pengusaha kenaf cemerlang di Perlis.

Menurut beliau, kawasan Padang Besar dan Chuping kini berkembang sebagai pusat pengeluaran biji benih utama negara, sekali gus menyokong pembangunan industri pemprosesan di KIP.

Katanya, pembangunan taman industri bersepadu itu oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara memperkukuh rantaian nilai melalui pemprosesan pulpa kenaf bagi pasaran produk mesra alam.

“Melalui inisiatif LKTN, kenaf berpotensi digunakan secara meluas dalam penghasilan pelet makanan haiwan sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan mentah import,” ujarnya.

Beliau berkata, integrasi serat kenaf dalam industri automotif, pembinaan dan tekstil membuka ruang pelaburan baharu serta memperluas pasaran domestik dan eksport.

Tambahnya, penyelidikan mutasi teraruh yang menghasilkan varieti baharu seperti MK1 dan MK2 dijangka meningkatkan daya saing agronomi serta produktiviti tanaman di negeri itu.

Beliau yakin dengan pengukuhan ekosistem kenaf di Chuping, Perlis bukan sahaja muncul sebagai hab pengeluaran benih, malah berpotensi menjadi kluster bioekonomi utara yang menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi kawasan sempadan.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran