Upacara naikkan bendera Ibu Pertiwi mampu tarik pelancong – Douglas Uggah

KUCHING: Upacara menaikkan bendera Ibu Pertiwi akan dipromosikan lebih giat untuk menarik kehadiran pelancong.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sudah pun mengambil langkah untuk mempromosi upacara tersebut pada Ahad pertama setiap bulan.

“Pelancong juga mengetahui upacara ini kerana mereka dapat melihat Kuching dari pelbagai sudut apabila datang ke Kuching,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Upacara Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi Edisi Bulan September pada Ahad.

Sementara itu, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kualiti kain bendera Ibu Pertiwi ditingkatkan.

“Saya mengambil inisiatif ini dengan meningkatkan kualiti kain bendera selepas mengambil kira faktor cuaca,” ujar beliau.

Selain itu, beliau menambah penggunaan kualiti kain itu mengambil contoh apa-apa yang dibuat di Kuala Lumpur dan Istanbul.

Sebelum ini, terjadi insiden bendera Ibu Pertiwi koyak dan kabelnya terputus akibat cuaca buruk minggu lalu.

Related Posts

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 32.73 kilogram pil Erimin 5 bernilai RM3.3 juta serta menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

KUCHING – Polis Sarawak menahan lima lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes khianat menggunakan api yang melibatkan beberapa kedai serbaneka di beberapa daerah di Sarawak baru-baru ini. Pemangku Pesuruhjaya Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

Diberi DNAA bukan bebas pertuduhan, 12 ahli politik boleh didakwa semula

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2