Wan Ahmad Fayhsal tawar hati, tidak lagi berminat teruskan rayuan sertai Bersatu

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal telah menarik semula rayuan dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Bersatu berhubung penggantungnya sebelum ini.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, penarikan rayuan tersebut dibuat menerusi surat bertarikh 16 Februari kepada Pengerusi Lembaga Rayuan, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat selepas tidak lagi yakin dengan hala tuju Bersatu.

“Pihak saya tidak lagi berminat untuk meneruskan rayuan terhadap notis penggantungan tersebut atas sebab hilangnya kepercayaan saya kepada matlamat perjuangan Bersatu.

“Pada masa sama, ia disebabkan kelemahan Bersatu dalam mengamalkan amalan urus tadbir yang baik dan adil,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Faysal memaklumkan, beliau yang juga dipecat daripada Bersatu bersama-sama 16 pemimpin lain menyifatkan penyingkiran beramai-ramai disebabkan ada pihak ‘tergugat’ dengan keberadaan mereka dalam parti.

“Terima kasih kepada Lembaga Rayuan Bersatu kerana telah menjalankan amanah dengan penuh tertib dan profesional.

“Bagaimanapun saya seperti mana sekian ramai bekas pimpinan yang telah dipecat baru-baru ini tidak akan sama sekali membuat rayuan baru, malah menarik rayuan lama daripada dipertimbangkan semula,” katanya.

Sebelum Wan Ahmad Fayhsal, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan juga telah menarik balik rayuan pemecatannya daripada Bersatu dua hari lalu.

Terdahulu, Wan Ahmad Fayhsal digantung dan Wan Saiful dipecat daripada Bersatu selepas didapati bersalah melanggar perlembagaan serta kod etika parti.

Wan Ahmad Fayshal kemudian dipecat bersama-sama 16 pemimpin parti lain, termasuk bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Related Posts

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nurul Izzah diberi cuti sementara, Saifuddin jalankan tugas Timbalan Presiden PKR – Fahmi

KUALA LUMPUR – Jangkaan mengenai rombakan kepimpinan PKR yang dilaporkan sejak awal hari ini terjawab apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu memutuskan memberi cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas