Azmawi contoh terbaik wakil rakyat berkhidmat

KOTA BHARU – Selepas memenangi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri pada 17 Ogos lalu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sudah mampu menunjukkan contoh sebenar wakil rakyat berkhidmat.

Beliau sentiasa memastikan berada di kawasan diwakilinya selain mendapat bantuan daripada kenalan untuk menyelesaikan permasalahan penduduk di situ.

Antara isu yang paling segera diselesaikan Mohd Azmawi adalah keperluan mesin juruwang automatik (ATM) yang begitu mendesak berikutan sebelumnya kemudahan mesin ATM hanya disediakan di bandar Gua Musang.

Namun, hari ini penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sudah mendapat empat mesin ATM untuk memudahkan urusan mereka.

Satu daripadanya disediakan sebelum hari mengundi manakala selebihnya disediakan secara berperingkat.

Mohd Azmawi memaklumkan empat kawasan iaitu di Jerek Baru, Bertam, Rantau Manis serta di Jeram Tekoh sudah memiliki kemudahan mesin ATM

“Kemudahan mesin ATM itu adalah bertujuan merealisasikan hasrat penduduk di Nenggiri selain membolehkan penduduk mengeluarkan wang tanpa perlu meredah perjalanan ke bandar Gua Musang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantu saya terutama pihak bank dalam mewujudkan kemudahan mesin ATM ini.

“Diharapkan usaha ini dapat memudahkan urusan penduduk setempat dalam membuat urusan pengeluaran wang,” katanya.

Terdahulu, The Malaysia Press turut melaporkan lebih 3,000 penduduk di DUN Nenggiri memerlukan kemudahan mesin ATM dan stesen minyak untuk memudahkan urusan harian mereka.

Related Posts

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

KULAI – Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching tampil menghulurkan bantuan kepada 32 keluarga yang terjejas akibat banjir lumpur yang melanda Kampung Separa, di sini susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

ALOR SETAR – Seorang ejen hartanah yang ditahan berhubung kes tikam kenalan wanita di dalam kereta di Titi Gajah pada 17 Mei lalu dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen di sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

Nie Ching santuni mangsa banjir lumpur Kg Separa, 32 keluarga terima bantuan

Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

Kes ejen hartanah tikam teman wanita dituduh esok

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Mekanik sekali lagi dituduh miliki senjata api, peluru hidup

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kendali lebih 562,000 penumpang

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Jalan selesa, jelapang padi dan pendidikan percuma bakal ubah taraf hidup penduduk Undai

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang

Program antirasuah perkukuh integriti masyarakat Limbang