Perluas kerjasama, UMS lancar pejabat satelit Ehime University

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang kesihatan dan penyelidikan apabila merasmikan Ehime University Satellite Office Malaysia yang beroperasi di Borneo Medical and Health Research Centre (BMHRC), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS, baru-baru ini. 

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, penubuhan pejabat satelit itu satu pencapaian strategik yang mencerminkan komitmen jangka panjang antara UMS dan Ehime University dalam memperkukuh kolaborasi akademik, penyelidikan serta inovasi berimpak tinggi. 

“Dalam era cabaran global yang semakin kompleks dan saling berkait, universiti perlu melangkaui sempadan negara bagi menjana ilmu yang relevan, inklusif dan transformatif demi kesejahteraan masyarakat. 

“Penubuhan pejabat satelit ini melambangkan kepercayaan, saling hormat dan komitmen jangka panjang kedua-dua institusi untuk memperdalamkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, pertukaran akademik dan inovasi, khususnya dalam bidang berkepentingan serantau,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin. 

Tambah Kasim, kerjasama antara UMS dan Ehime University telah membuahkan hasil signifikan melalui pelaksanaan projek Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) berkaitan kawalan mampan malaria zoonotik melalui pendekatan bersepadu yang telah dirasmikan pada November tahun lalu. 

Sementara itu, Dekan FPSK, Datuk Dr. Mohd Yusof Ibrahim berkata, penubuhan pejabat satelit tersebut bukan sekadar pelancaran ruang fizikal, sebaliknya mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa kerjasama akademik dan penyelidikan, pertukaran budaya serta jaringan global. 

“Pejabat satelit ini dibangunkan berasaskan kerjasama penyelidikan sedia ada yang kukuh antara UMS, Ehime University dan Nagasaki University, khususnya menerusi projek SATREPS yang memberi tumpuan kepada kawalan malaria zoonotik secara interdisiplin. 

“Dengan penubuhan pejabat ini, kita menjangkakan peluasan kerjasama dalam mempergiat usaha penyelidikan bersama, menggalakkan mobiliti pelajar dan staf serta memperkukuh pertukaran ilmu dan kepakaran antara institusi,” katanya. 

Pejabat Satelit Ehime University di UMS dijangka berperanan sebagai hab kolaborasi strategik yang memudah cara penyelarasan inisiatif bersama serta mempertingkat kehadiran akademik Jepun di rantau Borneo.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz