Tengku Amir mahu fokus Selangor, tolak kemudi FAM

Mahu fokus Selangor dan tidak berminat mengisi kekosongan jawatan presiden dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), itu hasrat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin.

Baginda hanya berminat dengan Persatuan Bola Sepak Selangor dan mahu memberi fokus serta komitmen dengan pasukan itu sahaja.

“Tidak, saya tidak berminat (jawatan Presiden FAM). Saya hanya berminat dengan pasukan Selangor. Kami ada pelbagai perkara mahu dicapai.

“Sebaiknya kita harus menambah baik mutu pengadilan. Bukan hanya terhad kepada pemain, malah ia melibatkan seluruh ekosistem bola sepak.

“Itu fokus saya sekarang. Tertumpu terhadap bola sepak Selangor,” titah Baginda ketika menghadiri Majlis Pelancaran dan Jualan Buku Gemilang: Sejarah Perjalanan Bola Sepak Selangor, semalam.

Sebelum ini, Ahli Jawatakankuasa Eksekutif FAM sebulat suara meletakkan jawatan secara kolektif dan menunggu keputusan penilaian pasukan pemantau dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum mengadakan kongres pemilihan.

Susulan peletakan jawatan itu, tiga kerabat diraja dicadang memegang jawatan presiden. Selain Tengku Amir Shah, dua lagi ialah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

  • Related Posts

    Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

    COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

    ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

    Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

    Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

    Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

    KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

    KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

    Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

    Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

    MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

    MINDA TOK ABAH: Ketika kebenaran dibingkai

    Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

    Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi