Op Bayu 2: Sindiket dadah berskala besar tumpas di Penampang, rampasan hampir RM70 juta

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Bayu 2 berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah berskala besar di daerah Penampang dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM69.66 juta.

Operasi dijalankan pada 5 Februari lalu sekitar pukul 5.45 pagi apabila sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah menahan dua lelaki tempatan di kawasan parkir T1 Bundusan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek menemukan tiga kotak mengandungi 60 bungkusan methamphetamine seberat 101.7 kilogram (Kg) dengan nilai pasaran RM5.66 juta.

Jelasnya, siasatan lanjut membawa kepada lima siri tangkapan susulan dan beberapa serbuan di sekitar Penampang serta Kota Kinabalu.

“Jumlah keseluruhan rampasan melibatkan 111.3 kg syabu (RM5.66 juta), 419.62 kg (RM62.94 juta) serbuk ekstasi, 6.787 kg pil ecstasy (RM9.02 juta), selain ketamin 71.03 gram (RM14,206) dan Eramin 5, 25.62 gram (RM25,000).

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM69,659,206 dan mampu menampung kira-kira 339,000 penagih bagi sekali penggunaan,” katanya dalam sidang media ‘Ops Coleoptera’ di IPK Sabah, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, tindakan sitaan turut diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, antaranya yang melibatkan satu unit alat kawalan jauh Toyota G dan 1 gugusan kunci.

“Satu unit handphone jenis iPhone 11; satu unit handphone jenis iPhone 11 Promax; satu kunci bersama alat kawalan jauh Toyota Vios SYV 7567; Sebuah kereta jenis Toyota Vios warna putih nombor pendaftaran SYV7567; satu unit handphone jenis iPhone 17 Promax.

“Selain itu, sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Ford Raptor warna kelabu nombor pendaftaran S822; sebuah kereta jenis Toyota Hilux warna putih nombor pendaftaran SU6875K; wang tunai RM12,849.00; sebuah telefon bimbit jenama iphone 16 Pro Max warna hitam dan sebuah buah telefon bimbit jenama iPhone 16 Pro Max warna emas,” jelasnya.

Kesemua tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, PDRM menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui hotline JSJN di talian 012-208 7222.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok