Akta 672: Pemandu peribadi, pelajar tahfiz mula jalani hukuman bersih kawasan

KUANTAN – Seorang pemandu peribadi dan pelajar maahad tahfiz yang dijatuhi hukuman mengikut undang-undang baharu antipembuangan sampah di Mahkamah Sesyen Temerloh semalam, menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Jalan Lurah Semantan, Temerloh, pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, sepanjang pelaksanaan, pesalah berusia 45 dan 26 tahun itu ditugaskan melaksanakan kerja pembersihan termasuk menyapu, mengutip sampah dan membersihkan longkang di kawasan awam tersebut.

Menurutnya, hukuman PKM itu dilaksanakan secara terkawal, beretika dan mematuhi prosedur undang-undang tanpa menjejaskan maruah individu terlibat.

“Bagi memastikan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP), setiap pelaksanaan PKM dipantau secara rapi oleh pegawai penguat kuasa SWCorp dengan penekanan kepada aspek keselamatan dan kebajikan pesalah termasuk penyediaan kelengkapan perlindungan diri bersesuaian,” katanya melalui kenyataan.

Khalid berkata, PKM dilaksanakan secara serentak di beberapa negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu Kedah, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Beliau berkata, pelaksanaan sulung PKM secara serentak mengikut akta itu sebagai langkah penguatkuasaan berimpak tinggi bagi membanteras kesalahan pembuangan sampah kecil di tempat awam.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini