Lawatan Modi perkukuh kerjasama, pacu perdagangan dua hala – Fahmi

PUTRAJAYA – Lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi ke Malaysia diharap dapat memperkukuh hubungan dua hala serta membawa manfaat ekonomi dan pelancongan kepada negara.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani sepanjang lawatan itu dan ia mencerminkan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Hasil daripada lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, sejumlah MOU telah ditandatangani.

“Hubungan yang baik dan erat antara kedua-dua negara dilihat dapat memacu perdagangan antara kedua-dua negara dan juga hubungan antara Malaysia dan India.

“Kita jangka limpahan sama ada daripada segi pelancongan ataupun dari segi ekonomi dijangka positif untuk Malaysia,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Pada Sabtu, media melaporkan Setiausaha (Timur) Kementerian Hal Ehwal Luar India, P Kumaran berkata, lawatan rasmi Modi ke Malaysia menghasilkan pelbagai pencapaian penting yang dijangka memperkukuh hubungan dua hala serta membawa manfaat signifikan kepada kedua-dua negara.

Beliau berkata, lawatan ini amat bermakna kerana ia merupakan kunjungan rasmi pertama Modi ke Malaysia dalam tempoh hampir sedekad sejak 2015, tahun hubungan dua hala kedua-dua negara dinaik taraf kepada perkongsian strategik dipertingkat.

Modi tiba di Malaysia pada 7 hingga 8 Februari lalu bagi lawatan rasmi dua hari atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Related Posts

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

KOTA KINABALU – Dua unit ‘pendrive’ berjenama SanDisk berwarna silver dan Kingston berwarna hitam serta seunit cakera padat (DVD) digunakan untuk menyimpan bahan bukti dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang