Perayaan pelbagai kaum wajar dijadikan simbolik perpaduan Sabah – Shahelmey

PUTATAN – Sambutan Tahun Baharu Cina wajar menjadi wadah terbaik bagi semua lapisan masyarakat di Putatan khususnya untuk mendalami kepelbagaian budaya dan mengeratkan silaturahim.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, sambutan diraikan masyarakat Tionghoa itu juga merupakan simbolik kepada perpaduan di Sabah yang terkenal dengan keharmonian kaum.

Jelasnya, asas perpaduan tersebut boleh dijadikan pemangkin kepada kemajuan negeri sejajar hasrat kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam melaksanakan aspirasi hala tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0).

“Sudah tentu, dengan ada perayaan Tahun Baharu Cina yang diraikan oleh masyarakat Cina di Sabah memberikan gambaran kepada nilai perpaduan kepada kita di Sabah.

“Seperti di Putatan ini, kita sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan kaum baik Bumiputera mahupun masyarakat Tionghoa, tiada yang ketinggalan.

“Satu daripada agenda utama hala tuju SMJ 2.0 adalah agenda membangunkan sumber manusia secara berterusan, jadi ini menunjukkan begitu menitikberatkan pembangunan sumber manusia melalui pendidikan dan melalui pelbagai latihan secara berterusan,” ujarnya.

Shahelmey yang juga Pengerusi Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) berkata demikian selepas merasmikan Karnival Tahun Baharu Cina 2026 SJKC Hwa Shiong, di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai program itu, katanya, kesinambungan sumbangan komuniti menjadi teras ikatan kepelbagaian kaum di Putatan melalui aspek pendidikan.

“Saya menerima maklumat bahawa jumlah pelajar yang ada di sekolah ini dipelopori oleh anak-anak Bumiputera Sabah dan hanya 10 peratus sahaja terdiri daripada anak-anak masyarakat Cina.

“Perkembangan ini merupakan perkembangan positif di mana ia membuktikan bahawa keluarga Bumiputera sedar kepentingan mendapat pendidikan aliran Cina ini, kelebihan-kelebihan yang dapat diterima pelajar ini,” kongsinya.

Related Posts

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

SIBU – Niat untuk menyertai lelongan barangan antik membawa padah apabila seorang pengarah syarikat pembinaan kerugian RM222,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan tidak wujud secara dalam talian. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

KANGAR – Kewujudan elemen promosi platform perjudian dalam aktiviti sukan di negeri ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya melibatkan golongan belia. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perlis, Saiful Fariddil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan