Pasukan khas ditubuh tangani insiden kemalangan pelancong

TAWAU – Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menangani segera insiden kemalangan dan kecederaan yang melibatkan pelancong khususnya di Semporna.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Jafry Ariffin berkata, langkah itu dibincangkan dalam pertemuan bersama pihak Konsulat China memandangkan kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Semporna adalah dari negara berkenaan.

“Saya juga memandang serius insiden-insiden soal keselamatan pelancong dan hasil daripada perbincangan kami, satu pasukan dianggotai Kementerian Pelancongan akan ditubuhkan.

“Kalau selama ini apabila berlaku insiden mungkin lewat sampai tapi kita akan pastikan tim ini kita khusus untuk menangani insiden-insiden kemalangan dan melibatkan kecederaan pelancong, ” katanya selepas Sesi Libat Urus Kementeriannya bersama Pemain Industri Pelancongan Tawau, di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Pembantu Menteri KepKAS, Dr Andi Md Shamsureezal.

Tambah Jafry, tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang terlibat termasuk pemandu pelancong tetap di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam pada itu, pelancong turut dinasihatkan agar mengambil insurans perjalanan sebagai langkah perlindungan awal.

“Kita tak tahu sama ada dalam perjalanan, mungkin ketika menginap ataupun di mana, sama ada di darat atau di laut, kita tak tahu apa yang akan berlaku.

“Justeru saya sarankan mereka ambil insurans,” tegasnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit