Kastam Perlis patah enam cubaan seludup hampir RM850,000

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaya mematahkan enam cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai komoditi dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan dan cukai berjumlah RM849,876.40 sepanjang Januari lalu.

Pengarah JKDM Perlis, Ismail Hashim berkata, kes berkenaan melibatkan kenderaan, tayar, barangan elektrik, minuman keras, daging sejuk beku dan rokok hasil tindakan Bahagian Penguatkuasaan negeri itu.

“Dalam tempoh berkenaan, kami telah merekodkan enam kes rampasan dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan dan cukai sebanyak RM849,876.40.

“Kes-kes ini membuktikan aktiviti penyeludupan masih berlaku dan memerlukan tindakan berterusan serta pemantauan rapi oleh pihak JKDM,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, antara rampasan yang dibuat termasuk sebuah motosikal jenis Honda Grom bernombor pendaftaran Thailand yang Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) telah tamat tempoh dengan anggaran nilai RM10,000 serta cukai RM13,750.

Selain itu, sebanyak 217 unit tayar bernilai RM149,000 dengan cukai RM67,680 dan 13,079 unit barangan elektrik bernilai RM419,782 dengan cukai RM130,730.24 turut disita selepas didapati tidak diikrar dengan benar.

JKDM Perlis juga merampas 87.16 liter minuman keras bernilai RM1,470.23 melibatkan cukai RM1,679.03 di Kompleks ICQS Padang Besar, selain menyita 1,400 kilogram daging kerbau sejuk beku bernilai RM28,000 yang tidak diikrar serta tiada permit eksport.

Dalam kes berasingan, sebanyak 27,870 batang rokok bernilai RM8,537 dengan cukai RM19,247.90 ditemui disimpan di sebuah premis kediaman di Kuala Nerang, Kedah.

Ismail berkata, semua kes disiasat mengikut peruntukan Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tinggi serta hukuman penjara.

“Penyeludupan bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara, malah memberi ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Kami menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan bagi membantu pihak JKDM membanteras kegiatan ini,” katanya.

Related Posts

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

KOTA BELUD – Sembilan pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Tuaran cedera ringan selepas bas persiaran yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Simpang Tiga Jalan Kota Belud-Kundasang, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
12 bayi Merdeka lahir di Pahang

KUANTAN – Seramai 12 bayi dilahirkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 di seluruh Pahang sejak tengah malam tadi hingga jam 9 pagi tadi. Daripada jumlah itu, enam bayi lelaki dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

  • By Ezmie
  • August 31, 2026
‎Sembilan pelajar SM Sains Tuaran cedera bas persiaran kemalangan ‎

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Pengeluaran beras tempatan perlu diperkasa capai SSR 80 peratus

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

Kepimpinan Anwar terus beri manfaat kepada rakyat

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

12 bayi Merdeka lahir di Pahang

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis

2,000 kadet Palapes meriahkan sambutan Hari Kebangsaan Perlis