Suhaimi bawa transformasi digital RTM – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menghargai sumbangan Datuk Suhaimi Sulaiman yang berjaya membawa transformasi digital serta pembaharuan positif kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Penyiaran di Jabatan Penyiaran.

Beliau berkata, sepanjang tiga tahun perkhidmatan, Suhaimi berjaya mengubah pendekatan RTM agar selari dengan perkembangan semasa, termasuk cabaran kecerdasan buatan (AI), media sosial dan perubahan corak penonton.

“Kita kini berdepan realiti baharu apabila demografi penonton tidak lagi menonton televisyen semata-mata, sebaliknya lebih cenderung menonton kandungan melalui telefon bimbit.

“Ini satu cabaran besar dan beliau berjaya menggerakkan RTM ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Menurut beliau, antara pembaharuan ketara ialah pengukuhan unit Media Digital dan Interaktif (MDI) yang kini diisi tenaga muda, khususnya generasi milenial, dengan hasil kerja yang memberangsangkan.

“Jenama RTM kini lebih aktif di media sosial seperti TikTok dan format berita juga diperbaharui. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa 7.44 malam dipilih, namun ada rasional di sebaliknya.

“Saya berpandangan Datuk Suhaimi telah berjaya membawa perubahan yang signifikan,” katanya.

Beliau menambah, pembahagian waktu perdana siaran berita kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan tanpa mengetepikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.

Fahmi turut mendoakan Suhaimi, yang merancang untuk kembali ke Melaka, terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi, dan proses pelantikan Ketua Pengarah Penyiaran baharu akan dimulakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi.

Pada 10 Feb lalu, Suhaimi mengesahkan beliau akan meninggalkan RTM selepas tiga tahun berkhidmat, berkuat kuasa pada 22 Februari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti secara terperinci hala tuju peribadi dan keinginan untuk melangkah ke fasa baharu dalam hidup.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula