SARA: Tepat pada masanya, bantu rakyat tampung kos sara hidup

Oleh: Helda Julie, Hafiq Hassan & Nana Mohamad

KUCHING – Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan oleh kerajaan ternyata memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya golongan sasar dalam mendepani cabaran peningkatan kos sara hidup masa kini.

Bantuan tanpa tunai yang dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak itu membolehkan pembelian lebih 140,000 barangan asas meliputi 15 kategori. 

Kemudahan ini boleh digunakan di lebih 10,000 kedai runcit dan pasar raya terpilih di seluruh negara, dengan jumlah premis yang dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati rata-rata penerima menyambut baik usaha tersebut yang disifatkan sangat membantu meringankan beban perbelanjaan harian.

Ketua Kampung, Abdul Rahman, 74, berkata, bantuan secara ‘one-off’ itu memberi ruang kepada penerima untuk mendapatkan keperluan asas dengan lebih teratur dan terjamin.

“Pada pendapat saya, bantuan ini nyata memberi kelegaan khususnya kepada golongan yang memerlukan.

“Tambahan pula, kemudahan pembelian yang kini merangkumi barangan makanan sejuk beku amat dihargai kerana ia memberi lebih banyak pilihan kepada penerima dalam merancang menu dan keperluan keluarga,” katanya.

Beliau turut berharap agar bantuan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi kesejahteraan masyarakat, terutamanya golongan B40.

Pilihan Lebih Luas, Fleksibel

Sementara itu, Haziq Hafiy, 26, menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas penambahbaikan yang dilakukan berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, fleksibiliti dalam senarai barangan yang boleh dibeli tahun ini menunjukkan keprihatinan kerajaan mendengar denyut nadi rakyat.

“Apa yang sangat saya hargai pada tahun ini ialah penambahan jenis barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA. Ia tidak lagi terhad kepada barangan asas tertentu sahaja, malah meliputi lebih banyak keperluan harian.

“Ini memberi kebebasan kepada rakyat untuk membuat pilihan mengikut keperluan keluarga masing-masing,” ujarnya.

Bantu persiapan Ramadan penuntut IPT

Bagi penuntut universiti, Mohd Firdaus Ismail, 22, bantuan SARA 100 yang diterima dianggap sebagai penyelamat kewangan, lebih-lebih lagi menjelang bulan Ramadan.

Jelasnya, perbelanjaan harian kebiasaannya meningkat ketika bulan puasa, dan bantuan ini sedikit sebanyak mengurangkan ketergantungan kepada wang saku keluarga.

“Alhamdulillah, bantuan ini amat membantu saya sebagai pelajar. Menjelang Ramadan, kos untuk makanan dan barangan dapur pasti meningkat.

“Dengan adanya SARA, sekurang-kurangnya beban kewangan saya berkurangan. Saya menyokong penuh usaha kerajaan memperluaskan jenis barangan dan berharap inisiatif kebajikan yang berkesan seperti ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Related Posts

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah akan memperhalusi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan pelebaran jalan Tengah Nipah, di sini, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan masyarakat setempat. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000