Skandal 1BestariNet: Tuduh Najib terlibat, Muhyiddin dalam sindrom penafian

BERANI kerana benar, kalau tak salah kenapa nak takut, demikian kata Mohd Rafiq Mohd.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut itu membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba lepas tangan dalam skandal projek 1BestariNet.

Malah tindakan Muhyiddin yang mengaitkan kegagalan projek yang menelan banyak wang rakyat itu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan Mohd Rafiq sebagai penafian yang mahu cuci tangan semata-mata.

“Tan Sri Muhyiddin tidak perlu khuatir jika benar tidak terlibat dalam projek ini dan jangan salahkan orang lain semata-mata untuk cuci tangan yang telah kotor.

“Semua rakyat Malaysia tahu, siapa Menteri Pendidikan ketika Projek 1BestariNet itu dilaksanakan, nampak beliau berada dalam sindrom penafian,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Sebelum ini, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mendedahkan 1BestariNet adalah projek ‘mega gagal’ menelan belanja RM4.7 bilion dikendalikan syarikat telekomunikasi YTL Communication yang didakwa sebagai kroni Muhyiddin.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat YTL Communications Sdn Bhd sebagai sebahagian siasatan terhadap projek bernilai RM4 bilion 1BestariNet yang sudah dihentikan.

“Untuk makluman Projek 1BestariNet ini merupakan satu projek untuk menyediakan kemudahan internet berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE) berjenama Frog yang telah dianugerahkan kepada Syarikat YTL ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan 2011.

“Namun projek ini dilihat gagal dan tidak mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Internet ‘slow’ tak stabil telah menyukarkan guru dan pelajar.

“Jadi saya nasihatkan Presiden Bersatu itu beri ruang kepada SPRM menyiasat dan membongkarkan skandal ini, tak perlulah nak melatah taichi orang sana sini,” kata Mohd Rafiq.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil