SARA RM100 bantu ibu, suri rumah buat persiapan Ramadan

TAWAU – Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuk yang baharu dikreditkan sebanyak RM100 pada Isnin, terus memberi manfaat besar kepada golongan ibu dan suri rumah khususnya dalam membantu membuat persediaan awal menjelang Ramadan tidak lama lagi.

Bagi kebanyakan penerima, bantuan tersebut dimanfaatkan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung serta bahan mentah bagi penyediaan juadah berbuka puasa dan sahur sekali gus membantu mengurangkan tekanan kewangan keluarga.

Bagi Ida Suzella, bantuan SARA amat membantu dalam mengurus perbelanjaan harian terutama makanan yang boleh diletakkan dalam peti sejuk beku.

“Dulu bahan mentah ayam dan sosej ni tidak disenaraikan, tapi sekarang alhamdulillah PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) membenarkan pembelian produk sejuk beku ini.

“Jadi dengan SARA boleh la untuk beli dan anak-anak gembira,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Selasa.

Sementara itu, Siti Suriyati Isulleh yang berniaga kecil-kecilan tidak menafikan SARA amat membantunya membeli stok makanan kering yang banyak.

“Kami boleh beli barang untuk puasa dan tidak lagi turun berkali-kali ke bandar untuk membeli barangan, contohnya beras. Dengan RM100 tu boleh la dapat lagi beras 30 kilogram untuk sebulan terus.

“Duit sedia ada pula boleh ‘cover’ barangan lain-lain lagi,” katanya.

Norazlin Lebsu yang memanfaatkan SARA diterimanya untuk makanan dapur juga menzahirkan penghargaan kepada Anwar atas keprihatinan kepada beliau dan seluruh rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih kepada PM dan mungkin ada tambahan lagi tapi ini pun sudah sangat membantu kami,” ujarnya.

Related Posts

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

PUTRAJAYA – Penubuhan Tabung Pendidikan Matadeng hasil inisiatif Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal menjadi talian hayat membantu anak luar bandar di Mukah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT). Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

MUAR – Kehadiran ribuan penyokong mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin memeriahkan suasana proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang pada Sabtu. Turut hadir memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis