1BestariNet: Siasatan SPRM bebas, berdasarkan laporan jawatankuasa PAC

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan siasatan terhadap inisiatif 1BestariNet yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) adalah bersifat telus, adil dan profesional tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Suruhanjaya itu melalui satu kenyataan berkata, siasatan melibatkan beberapa dakwaan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu dimulakan berdasarkan maklumat diperoleh menerusi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) dan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Hasil dua laporan ini mendedahkan terdapat beberapa kelemahan antaranya seperti aspek capaian liputan jalur lebar yang rendah, kelemahan teknologi infrastuktur, lokasi sekolah selain capaian jalur lebar yang tidak menyeluruh.

“Terdapat juga maklumat awam serta aduan daripada pihak tertentu mengenai projek ini yang gagal memberikan capaian jalur lebar dengan kelajuan sebagaimana dikehendaki dalam membantu proses pembelajaran di sekolah yang lebih efisein,” kata kenyataan itu.

SPRM turut menegaskan, hasil dua laporan tersebut mendedahkan terdapat beberapa kelemahan berhubung inisiatif itu antaranya seperti aspek capaian liputan jalur lebar yang rendah, kelemahan teknologi infrastuktur, lokasi sekolah selain capaian jalur lebar yang tidak menyeluruh.

“Siasatan mendapati kerajaan perlu menanggung RM176 juta yang dituntut oleh syarikat berkenaan, selain kerugian sewaan pencawang telekomunikasi bagi tempoh 5 tahun sejak 2019 yang dianggarkan berjumlah RM10.8 juta.

“Tender perkhidmatan 1BestariNet ini pada asalnya dirancangkan untuk tempoh 15 tahun membabitkan jumlah RM4.07 bilion, namun dipendekkan kepada tujuh tahun enam bulan tanpa ada pengurangan dari segi nilai kontrak.

“Walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak mencapai matlamat, difahamkan masih ada beberapa tuntutan yang dibuat oleh syarikat berkenaan kepada pihak kementerian terbabit yang memerlukan siasatan terperinci bagi mengesahkan perkara berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Melalui kenyataan sama SPRM menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan tersebut.

Walau bagaimanapun suruhanjaya itu menegaskan isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak seharusnya dikompromi.

Related Posts

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

AYER KEROH –  PKR mampu mencipta satu lagi kejutan politik pada 2028 berdasarkan sejarah perjuangan parti itu yang menyaksikan perubahan besar berlaku dalam tempoh setiap 10 tahun. Ketua Angkatan Muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

AYER KEROH – PKR memberi peringatan terbuka kepada mana-mana pihak agar tidak tergesa-gesa memasang angan-angan untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara ketika kerajaan semasa sedang giat memulihkan negara. Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

PKR boleh cipta lagi kejutan 2028

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?