Dasar TVET di bawah Zahid pacu pemerkasaan pendidikan teknikal negara

PUTRAJAYA – Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) Negara 2030 membuka lembaran baharu dalam penyediaan modal insan berkemahiran tinggi, seiring keperluan industri dan pasaran global.

Ia antara lain muncul sebagai instrumen pemangkin bagi memartabatkan bidang TVET, selain mewujudkan ekosistem berkualiti serta meneroka potensi besar, terutama industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV).

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir), Mohammad Rizan Hassan berkata, dasar baharu bidang tersebut yang dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah bertepatan dan relevan, terutama dalam keadaan semasa yang berpaksikan teknologi mengubah gaya hidup, kerja dan pemikiran.

Menurut beliau, pelaksanaannya juga telah memberi konteks jelas berhubung hala tuju melahirkan modal insan berkemahiran tinggi, selain menjadi sandaran kepada penyedia latihan dan industri bagi memupuk kerjasama holistik.

“Di peringkat penyedia latihan pula, ia mampu menyediakan prasarana dan pembangunan pembelajaran yang boleh membantu penghasilan tenaga kerja mahir, seiring keperluan industri dan pasaran global.

“Namun, penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah menerusi suntikan elemen pemasaran bakat tempatan ke peringkat global memandangkan ekosistem bidang TVET yang sentiasa berubah dan memerlukan pelaburan dalam skala besar,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press.

Kata Mohammad Rizan, dasar itu antara lain dapat mengurangkan birokrasi dalam membangunkan bakat TVET, selain pihak industri pastinya memiliki akses yang lebih luas.

“Perkara tersebut dilihat dapat memberi sumbangan kepakaran terutama bagi pemindahan pengetahuan dan teknologi kepada institusi latihan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Selepas Jualan Kumpulan Bermaz Auto Berhad, Datuk Shamsuddin Amran berkata, Dasar TVET Negara 2030 telah meletakkan bidang berkenaan sebagai antara agenda utama negara, sebaris keperluan menghasilkan tenaga kerja dalam bidang profesional lain.

Beliau yang juga Ketua Kluster TVET Pilihan Kerjaya Utama memaklumkan, ia ternyata mampu memenuhi keperluan industri, terutama dalam melahirkan bakat tempatan berkemahiran tinggi, setara perubahan pasaran dan teknologi terkini.

“Sehubungan itu, keperluan kerajaan memperhebatkan sesi libat urus, termasuk menganjurkan sesi dialog bersama industri dan pihak berkepentingan bagi mengurangkan jurang dengan keperluan pasaran.

“Pada masa sama, pembangunan silibus TVET tidak perlu terlalu bergantung kepada Kementerian Pendidikan, sebaliknya perlu berasaskan keperluan industri bagi mewujudkan ekosistem yang seiring dan holistik,” katanya.

Dasar TVET Negara 2030 yang diusahakan secara terperinci oleh Kerajaan Madani di bawah penelitian Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, menggariskan lima teras strategik, meliputi 23 strategi dan 67 inisiatif utama bagi mendepani landskap semasa bidang itu serta cabaran teknologi baharu yang kompleks.

Ia mengandungi garis panduan komprehensif yang menetapkan aspirasi dan hala tuju kerajaan dalam mencapai matlamat Malaysia ke arah negara maju berpaksikan modal insan berkemahiran melalui program TVET yang responsif, fleksibel dan inklusif.

Dokumen Dasar TVET Negara 2030 yang diedarkan menegaskan, pembangunan modal insan dan ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi menjadi faktor kritikal dalam memastikan pasaran buruh yang cekap dan inklusif untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.

Selaras itu, kerajaan memberi penekanan terhadap TVET bagi menyokong hasrat membangunkan bakat tersedia masa hadapan menepati keperluan industri yang dinamik dan secara langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Lima teras digariskan dalam dasar berkenaan ialah Tadbir Urus Komprehensif dan Bersinergi; Kualiti dan Laluan Pendidikan Bertaraf Dunia; Kerjasama Industri Cekap dan Produktif; Pembiayaan TVET Mampan serta TVET Pilihan Utama Kerjaya.

Related Posts

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

AYER KEROH – Kongres Nasional PKR 2026 dijangka menghimpunkan lebih 2,500 perwakilan dan 3,000 pemerhati akan membuka tirai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), bermula hari ini. Penganjuran kongres dimulai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

Kongres Nasional PKR 2026 himpun lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

17 pesakit kanser terima sumbangan ‘one-off’ Kerajaan Pahang

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau